Saturday, January 28, 2012

Exco Adat Istiadat Melayu Selangor Dr Ahmad Yunus Malu Jadi Melayu

Exco Adat Istiadat Melayu baru Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi (dua dari kiri) tampil malam tadi, di program anjuran Pemuda Pakatan Rakyat Parlimen Kota Raja bertempat di Dewan MBSA, Jalan Kebun dengan memperagakan pakaian tradisional Cina. Maaf kerana kualiti gambar tidak begitu baik, kerana sekadar menggunakan telefon bimbit.

Pada hemat saya, adalah kurang manis bagi beliau berpakaian demikian, meskipun baru lepas menghadiri sambutan CNY di tempat lain, walhal beliau boleh menukar dengan pakaian Melayu kerana hadir di kawasan yang didiami oleh 100% Melayu.

Cuba perhatikan pula pada kedudukan protokol. Dari situ pun sudah cukup untuk menjelaskan bahawa PAS umpama melukut di tepi gantang dalam protol negeri yang dicipta oleh PKR dan DAP. Lihatlah sendiri, ADUN DAP Sekinchan Ng Suee Lim duduk di tengah-tengah bagai boss, walhal Dr Ahmad Yunus adalah lebih kanan kerana beliau adalah seorang exco kerajaan negeri.

1 comment:

usin said...

doktorpun bukan pandai semua. ramai doktor yg 'kena kencing' kaw2 sampai beratus ribu. ni doktor yg sorang ni, dlm mamai dia lupa dibodohkan oleh dap dan pkr. entah bila punya zaman dia nk sedarpun tak tau..