Perlu diingat bahawa siapa tokoh-tokohnya dan dimana tokoh yang dulu bersama PKR, yang kini meninggalkan parti itu. Bukan memuja Ezam Mohd Nor & The Gangs, tetapi hakikatnya mereka dulu berlubuk di Shah Alam. Jalan Kebun dulu dibawah kawasan parlimen Shah Alam dan kini dibawah parlimen Kota Raja, namun watak-watak politiknya tetap orang sama, cuma berubah dari segi posisi.
Jadi, serangan yang berlaku adalah petanda bahawa PKR telah ditolak oleh orang-orang Jalan Kebun.
Seperkara yang lebih penting, jika wujud pun perbezaan politik sesama mereka, uniknya anda tidak dapat melihat kedai Cina mahupun orang Cina bermastautin disitu. Ini bukan bermakna mereka menolak orang Cina apatah lagi anti Cina, tetapi itulah uniknya Jalan Kebun. Perbalahan politik dikalangan mereka, tidak sama sekali menjejaskan mereka untuk mengekalkan keunikan itu.
Bab inilah yang Mat Sabu dan Che Gu Bard kena faham. Oleh itu, jangan hentam keromo!
No comments:
Post a Comment