Sunday, January 9, 2011

Tiada Kedai Cina di Kg Khusrin Munawi!

Malaysiakini memetik laporan Bernama bahawa hari ini, penduduk Batu 7, Jalan Kebun, Shah Alam bertindak membakar gambar ADUN mereka (Sri Muda) sebagai tanda sokongan kepada Dato’ Mohammed Khusrin Munawi , SUK Selangor. Difahamkan Khusrin merupakan anak jati Jalan Kebun.

Saya menyimpulkan bahawa Batu 7, Jalan Kebun adalah kampung tradisi yang agak unik.

Pertama kali menjejaki bumi Jalan Kebun dalam tahun 1974, jalan tar hanya setakat tempat demontrasi tersebut diadakan dan bekalan elektrik tidak ada di kampung tersebut. Mendengar perbualan arwah ayah dengan penduduk pada ketika itu, mereka menyesal kerana menyokong DAP pada pilihanraya tahun 1969. Malah mereka meggunakan perkataan “tobat tak mahu undi DAP lagi”. Pada masa itu, Jalan Kebun termasuk dalam kawasan parlimen Klang yang diwakili oleh mendiang Tan Sri V. Manickavasagam, manakala DUN Kg Jawa , calon Perikatan, Dato’ Cheong Jin Hoe telah tewas kepada DAP.

Itu kisah lebih 30 tahun dahulu. Namun keunikan Jalan Kebun diteruskan oleh generasi pada hari ini. Amnya, penduduk di Jalan Kebun boleh boleh swing samada kepada kerajaan mahu pun pembangkang, bergantung kepada isu-isu semasa. Kalau tak percaya, boleh semak keputusan Pusat Daerah Mengundi di situ untuk setiap PRU.

Ekoran beberapa kali persempadanan semula kawasan piliharanraya, akhirnya Jalan Kebun diletakkan di dalam kawasan parlimen Kota Raja dan kawasan DUN Sri Muda. Disamping itu, ekoran pembangunan di kawasan kejiranannya seperti Kota Kemuning, Bukit Rimau dan Berjaya Park, Jalan Kebun telah dimasukkan ke kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam.

Meskipun telah berstatus sebagai kawasan MBSA, Jalan Kebun masih mengekalkan identitinya sebagai kampung tradisi. Semenjak saya mula mengenali Jalan Kebun yang asalnya kawasan kebun nenas, hingga hari ini saya belum melihat kewujudan kedai milik orang Cina di kampung tersebut!

Hari ini, penduduk Jalan Kebun telah mula menunjukkan tindak balas terhadap Suhaimi Shafie ADUN Sri Muda yang telah melakukan sesuatu yang menyinggung perasaan mereka (gambar sekitar demontrasi banyak di sini). Jadi tidak hairan, Suhaimi nakal terhukum jika masih tercalon didalam PRU yang akan datang.

No comments: