Novel ‘Interlok’ karya sasterawan Abdullah Hussain, pernah saya baca 30 tahun dahulu. Mungkin karya berbahasa Melayu ketika itu, hanya dibaca oleh kalangan pembaca berbangsa Melayu, maka tiada siapa yang mengendahkan perkataan “paria” yang terkandung dalam novel tersebut.
Oleh sebab sudah terlalu lama, saya hanya dapat mengingat secebis kisah cinta kilat watak utama yang berbangsa Melayu dengan seorang gadis Cina.
Berbeza dengan novel-novel yang pernah saya baca ketika itu, ‘Interlok’ telah pun mendahului zamannya, melalui pengisian watak-watak pelbagai kaum yang diketengahkannya. Abdul Ghalib Yunus, seorang munsyi bahasa ada menulis berkenaan novel tersebut dan boleh DIRUJUK DI SINI.
Saya telah lupa dari artikel atau novel mana, mahu pun sumbernya tetapi saya masih ingat berkenaan isu bantahan masyarakat India terhadap sebuah penerbitan di Singapura, di era sebelum kemerdekaan, berhubung dengan perkataan “KELING”.
Jawapan editor (kalau saya tidak silap) kepada wakil masyarakat India tersebut bahawa “KELING”bukanlah istilah yang berbentuk penghinaan. Sebaliknya ia bermaksud ‘sesuatu yang besar’. Contohnya, ‘Benua Keling’ bermaksud, negara India yang besar. Selain dari itu, ‘air pasang keling’ yang merujuk kepada fenomena air pasang besar yang luar biasa.
Pelik, mengapa selepas hampir 40 tahun baru sekarang ‘Interlok dibakar? Ulasan seorang aktivis senibudaya boleh DIBACA DI SINI
3 comments:
Bila berdemonstrasi, mengaruk sampai bakar buku dengan penuh emosi tak guna otak, itu perangai paria lah tu
KELING KE PARIA KE SAMA SAJA TAK BOLE PAKAI PUNYA ORG.MINUM PUNYA ORG
Mengapa harus kita pertimbangkan kehendak orang India supaya novel INTERLOK dikaji semula sebagai bahan bacaan di sekolah?
INTERLOK memaparkan perjalanan sejarah sebuah negara bangsa yang cukup berliku-liku vdan akhirnya bejaya mencapai suatu tahap pembangunan menyeluruh yang sewajarnya dibanggakan.
Sejarah mestilah menjadi pengajaran dan pedoman. Faktanya tidak berubah, tetapi manusia yang mesti berubah untuk menerima hakikat dan meneruskan agenda kehidupan mereka.
Post a Comment