Monday, January 10, 2011

A. Samad Said Merajuk: MP PAS Terlibat Bakar 'Interlok"

Sasterawan Negara A. Samad Said memilih untuk merajuk. Beliau mememutuskan untuk tidak menyertai majlis PAS di Tenang.

Sebelum ini, saya telah linkkan luahan rasa Saudara Muhammd Lutfi (seorang penggiat seni budaya)berhubung turut hadirnya Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen PAS Kota Raja semasa pembakaran naskhah ‘Interlok’ berserta gambar sasterawan Abdullah Hussain di entri saya sebelum ini.

Namun begitu, setelah menyedari langkah politiknya telah tersilap, maka Dr Mariah telah memberi penjelasan dan telah disiarkan di Harakahdaily.

Setelah gambar Suhaimi Shafie ADUN Sri Muda (yang kebetulan terletak dalam kawasan parlimen Kota Raja) dibakar di Jalan Kebun maka mendorong Dr Mariah tampil untuk memberi penjelasan?

Kita tunggu, kot-kot ada seorang lagi wakil rakyat di Kota Raja yang bakal dibakar gambarnya!

No comments: