Andai saranan 8 strategi untuk kekalkan mandat PR di Selangor diterima, maka ia membuka satu pertembungan yang amat menarik. Kita bakal menyaksikan pertembungan Najib dengan Anwar di Selangor. Malah sebelum ini pun, pihak pembangkang telah mengiktiraf Najib sebagai Malaysia’s Most Dangerous Man.
Begitu menarik sekali saranan tersebut yang merangkumi:-
1.0 Pemimpin
2.0 Fokus Pada Pengundi Melayu
3.0 Serang Individu Penting Di Selangor
4.0 Fokus Lawan UMNO
5.0 Kempen Mengekalkan Mandat Rakyat Selangor
6.0 Minta Bantuan Pahlawan PAS
7.0 Bijak Memilih Isu Sebagai Senjata Serangan
8.0 Jangan Bermusuh Dengan Kuasa Ketiga
Saranan-saranan tersebut pastinya tidak akan digarap tanpa mengakui kelemahan-kelemahan kepimpinan PR pada hari ini. Seorang demi seorang dari PR yang bermula dari Khalid Ibrahim sendiri kemudian dituruti oleh Suhaimi Shafie dan Dr Siti Mariah Mahmud mula menari sumbang.
Rentak tari mereka tidak mengikuti irama Melayu dan mungkin terikut-ikut irama tari bangsa lain yang berbeza sama sekali rentaknya. Realiti dalam politik Malaysia seperti yang pernah dikemukakan oleh Dr Alias Mohamad bahawa ekoran polarisasi masyarakat yang berbilang kaum adalah mudah terbentuk ‘reaction chains’.Dengan lebih jelas dinyatakan, bilamana satu kaum membangkit sesuatu isu, maka akan timbul reaksi yang berlawanan dipihak yang lagi satu.
Tindakan Khalid, Suhaimi, Dr Mariah malahan juga Tony Puah lebih melonjakkan penolakan terhadap PR. Justeru itulah, maka 7 strategi tersebut digariskan sebagai pembetulan keatas kesilapan yang mereka lakukan. Namun apakan daya, “terlajak perahu boleh undurkan, terlajak kata/perbuatan buruk padahnya”.
Hakikatnya, nama-nama di atas hanyalah watak-watak tambahan yang hanya menjadi penyeri cerita dalam sebuah drama. Penonton pastinya, menantikan pertembungan ”Drama King” dengan “Malaysia’s Most Dangerous Man” di Selangor.
Sebagai anak jati Selangor, saya tidak menyangka Selangor terpilih sebagai gelanggangnya!
No comments:
Post a Comment