"Kita tak mahu PM berselindung di sebalik penguasaan media dan memadamkan fakta. Beliau kata Janji 100 Hari Pakatan Rakyat jika dilaksanakan menjerumus kepada kebangkrapan dan menyebut negara Greece.” – Anwar Ibrahim
“Kapal Greece dah masuk, habislah pondan-pondan kat bandar tu.........”- Pekerja Pelabuhan
Dua kenyataan di atas saya petik masing-masingnya dari kenyataan Anwar Ibrahim dan dialog yang lumrah diucapkan oleh pekerja pelabuhan, apabila kapal Greece masuk berlabuh.
Petikan kenyataan di atas adalah bersumberkan laporan Agenda Daily yang berita utama ialah cabaran Anwar terhadap PM, Dato’ Seri Najib untuk berdebat.
Saya beranggapan kenyataan Anwar lebih kepada lawak dan bukannya cabaran. Pertamanya, saya ragu dengan kepakaran ekonominya dan yang kedua kenyataan Najib, barangkali berbentuk sindiran (bila membabitkan Greece) yang seterusnya menimbulkan kemarahan Anwar.
Kalau Anwar tak percaya dengan anggapan pekerja-pekerja pelabuhan terhadap krew-krew kapal Greece seperti di atas, sila arahkan Syed Shahir (Mantan Presiden MTUC) atau Abdullah Sani (MP PKR Kuala Langat) untuk buat pengesahan dengan pekerja-pekerja pelabuhan!
No comments:
Post a Comment