Percubaan Dewan Pemuda PAS untuk menjadi juara dalam kemelut isu “Interlok” boleh dianggap gagal. Dalam perjumpaan yang didakwa dihadiri oleh wakil-wakil kumpulan sasterawan/budayawan dan wakil-wakil NGO India hakikatnya telah gagal untuk melerai isu tersebut akibat dari sikap Pemuda PAS sendiri yang masih terumbang-ambing untuk menentukan sama ada “Interlok” harus diterima sebagai buku teks sekolah menengah.
Adalah jelas, Pemuda PAS lebih cenderung untuk mengenal pasti political gains yang bakal diraih oleh mereka bagi pihak Pakatan Rakyat. Akhirnya perjumpaan tersebut sekadar merumuskan bahawa:
“1.Kedua-dua pihak sepakat menghormati karya seni hasil penulisan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain.
2. Kedua-dua pihak juga khuatir adanya perangkap politik, oleh pihak yang sengaja membangkitkan isu sensitif tersebut.
3. Sebarang aktiviti pembakaran juga adalah ditolak kerana ruang perbincangan sepatutnya diutamakan.”
Kenyataan penuh perjumpaan rujuk DI SINI.
Persoalannya sekarang ialah apakah pendirian Dewan Pemuda PAS, samada menerima atau menolak “Interlok” sebagai buku teks? Sebenarnya, ini bukan soal perangkap politik sebaliknya ini soal pendirian Pemuda PAS sendiri. Jelas sekali, Pemuda PAS masih silu-silu untuk menyokong “Interlok” hanya dek kerana ia dipilih sebagai buku teks oleh Kementerian yang diterajui oleh TS Muhyiddin Yassin dan bukannya melalui NGO-NGO yang pro kepada PAS!
1 comment:
Perbincangan belum berakhir lagi. Berjaya atau gagal belum boleh di ukur. Pertemuan kedua pada 19/1/2011. Pertemuan kedua ini akan merumuskan beberapa perkara penting.
Kenyataan akhbar penuh akan saya berikan sebentar lagi.
Post a Comment