1. Di suatu majlis sempena Hari Raya Korban yang lalu, sementara menunggu makanan dihidangkan oleh tuan rumah, saya menyelitkan diri di kelompok yang kebanyakannya adalah pegawai-pegawai kanan PTD.Saya memilih untuk duduk di satu sudut di banglo tuan rumah, sambil memasang telinga kerana topik perbualan mereka berkisar kepada SUK Selangor yang bakal bersara. Salah seorang mengenen salah seorang yang disebut-sebut sebagai bakal SUK Selangor.Calon yang dianggap favourite ini, menolak anggapan tersebut malah menyebut bahawa Khusrin lebih berpeluang duduk di kerusi SUK berbanding dirinya.
2. Anak-Anak Batu 7, Jalan Kebun, Shah Alam bercadang mengadakan Majlis Kesyukuran bagi meraikan Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor. Khabarnya, Khusrin telah menolak untuk diraikan.
No comments:
Post a Comment