Thursday, January 13, 2011

Tak Perlu Guna Khusrin, BN Boleh Guna Akta Darurat Untuk Tumbangkan Khalid Ibrahim

BODOH, BINGAI, KELABU ASAP! Mungkin itu perkataan yang paling sesuai digunakan keatas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya MB Selangor, TS Khalid Ibrahim.

Mencetuskan perlantikan Dato’ Mohammed Khusrin Munawi SUK Negeri Selangor sebagai alasan untuk PR menuduh bahawa BN sedang merancang untuk menumbangkan Kerajaan PR di Selangor. Rata-rata, para penjuak PR hanya menjadikan Perak sebagai rujukan dengan beranggapan, perlantikan Khusrin harus ditolak agar tidak dipatuk ular dari lubang yang sama.

Kalau BN beria-ia hendak merampas kuasa di Selangor, rasanya modus-operandi di Kelantan pada tahun 1977 boleh dijadikan teladan.

Oleh kerana kebanyakan penyokong PR terlepas pandang kepada ‘pemerintahan ala-mageran’ di Kelantan, sila rujuk ucapan penuh YDPA PAS, Dato’ Asri Muda semasa Mesyuarat Agung Khas PAS 25 Disember 1977 DI SINI.

Secara ringkas, ‘pemerintahan ala-mageran’ telah dikuatkuasakan ekoran tunjuk perasaan dan rusuhan rakyat Kelantan yang tidak berpuas hati diatas pemecatan MB Kelantan ketika itu, Dato’ Mohammad Nasir melalui undi tidak percaya di DUN Kelantan. Oleh itu, Dewan Rakyat telah meluluskan penguatkuasaan Akta Darurat Kelantan pada 6 November 1977.

Perlu diingatkan kepada para pemimpin dan penyokong PR, fakta-fakta berikut harus diperhalusi andainya BN hendak bermain kotor di Selangor:-

1. Kerajaan PAS Kelantan tumbang selepas Sidang DUN memecat MB

BN boleh menerbitkan provokasi, kekacauan dan rusuhan rakyat bagi membolehkan pengisytiharan darurat di Negeri Selangor dengan mengambil kesempatan daripada Sidang Khas DUN yang bertujuan meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor pada 24 Januari 2011.

2. Pertalian pemimpin BN hari ini dengan watak-watak utama menumbangkan Kerajaan PAS Kelantan 1977

- Darurat di Kelantan dikuatkuasakan oleh PM pada masa itu, Tun Hussein Onn dan dalam keadaan hari ini, anaknya DS Hishamuddin Tun Hussein menjadi Menteri Dalam Negeri.

- PM hari ini, Dato' Seri Najib telah pun duduk sebagai anggota Dewan Rakyat dan juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO ketika itu.

- Tunjuk perasaan rakyat Kelantan 1977 digerakkan oleh pemimpin pelajar pada masa itu, Ibrahim Ali. Hari ini, beliau merupakan Presiden Perkasa malah telah kembali sihat setelah menjalani rawatan di hospital.

Kesimpulannya, janganlah PR membuang masa ke sana sini menembak Khusrin, mantan SUK dan KSN kerana BN adalah lagi satu senjata untuk tumbangkan mereka di Selangor. Itu pun, kalau mereka mahu!

2 comments:

Anonymous said...

Saudara.. jika digunakan akta darurat maka nampak jelas yang BN hendak menguasai selangor dengan cara kekerasan.. zaman tahun 1970an, rakyat masih belum 'celik' dalam dunia politik segala undang-undang untuk halalkan tindakan kerajaan pusat tidak dinafikan oleh sebahagian rakyat. Kini rakyat cerdik dan tindakan untuk merampas negeri pakatan menggunakan undang2 darurat adalah begitu ketara sekali.

Satu perkara lain, apa salahnya SUK negeri ditentukan oleh kerajaan sedia ada yang memerintah seperti mana negeri-negeri yang dikuasai BN.. maka menjadi hak setiap kerajaan negeri untuk menentukan siapa yang boleh melaksanakan polisi mereka tanpa 'sekatan' dari pihak luar..

Sebelum mengemukakan artikel ini, berfikir dahulu.. ;-)

Akar Umbi said...

tks sdr anon 3:24,

sbnr dlm isu suk selangor, BN dituduh oleh kerajaan pr sebagai hendak merampas kuasa.

artikel ini bermaksud, jika BN nak main kasar, mereka boleh gunakan akta darurat spt yg berlaku di kelantan.

bukannya bermaksud menggalakkan BN untuk gunakan kaedah tersebut.