Wednesday, January 12, 2011

Peribahasa Baru : Marahkan Muhyiddin Interlok Dibakar

TS Muhyiddin Yasin selaku Menteri Pelajaran disaran mengambil langkah proaktif untuk mengarahkan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mengiktiraf dan menerima peribahasa baharu. Saranan ini sejajar untuk memperkayakan lagi khazanah Bahasa Kebangsaan selaras dengan peredaran zaman.

Antara peribahasa yang dicadangkan untuk diiktiraf oleh DBP ialah:-

1. Marahkan Muhyiddin Interlok dibakar

Maksudnya : Hanya kerana kepentingan politik sanggup membakar khazanah seni bangsa dan negara.

2. Bagai Mariah bakar Interlok

Maksudnya : Membuat hasutan untuk faedah politik.

3. Bagai Anwar dengan PKR

Maksudnya : Kecenderungan penguasaan total terhadap organisasi dengan meletakkan isteri/suami,anak beranak, saudara mara dan rakan terdekat mengisi jawatan-jawatan penting didalam organisasi.

4. Buku Jingga Anwar Ibrahim

Maksudnya : Janji-janji palsu politik.

5. Pukul Khusrin Sindir Istana

Maksudnya : Perbuatan biadap menghina Sultan.

6. Bagai Mahfuz dengan populis

Maksudnya : Menggunakan sesuatu istilah atau barangan tetapi tidak tahu maknanya atau tidak tahu cara menggunakan barang tersebut.

7. Jalan Menuju Putera Jaya

Maknanya : Impian kosong menggapai cita-cita.

Rasanya banyak lagi peribahasa-peribahasa moden yang boleh dipertimbangkan untuk pengiktirafan. Sehubungan ini juga, DBP harus diarahkan agar menubuhkan Unit Peribahasa untuk menyaring dan menilai dan seterusnya menerima pakai peribahasa tersebut untuk kegunaan awam.

No comments: