Wednesday, June 5, 2013

Khalid Ibrahim Tolak Perbincangan Dengan Azmin Ali & PKR Selangor - Nekad Lantik Saifuddin Nasution Sebagai Pegawai Perhubungan Politik

“Tak payah bincang (perjelas) apa yang dilakukan Kerajaan Negeri untuk mencari individu yang mempunyai keupayaan untuk melaksanakan manifesto yang kita bentangkan dalam PRU13 lalu,” - Khalid Ibrahim
Di atas adalah kenyataan tegas MB Selangor TS Abdul Khalid Ibrahim, berhubung ketegasan untuk melantik  Setia Usaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail kejawatan Pegawai Perhubungan Politik yang dipetik dari Media Selangorku.

Malah bagi Khalid, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk melantik mana-mana individu yang layak bagi membantu menjayakan usaha Kerajaan Negeri.

Pastinya kenyataan itu adalah ditujukan kepada Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor, yang sebelum ini mempertikai dan menuntut penjelasan Khalid Ibrahim berhubung perlantikan Saifuddin kejawatan tersebut.


Dalam pada itu, PAS juga telah turut menuntut perlantikan wakilnya bagi jawatan yang serupa. Bermula dengan cadangan Exco Kerajaan Negeri Selangor Iskandar Samad, yang mencadangkan salah seorang Naib Presiden PAS dilantik disamping Saifuddin, ia telah mendapat endorsement melalui reaksi sokongan dari Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman dan MP Shah Alam Khalid Samad.

Desas desus mengatakan bahawa PAS Selangor mahukan Husam Musa, meskipun Salahudin Ayub adalah merupakan tidak bergelar YB dikalangan Naib Presiden.

Seorang lagi Naib Presiden, Mahfuz Omar telah berjaya mempertahankan kerusi parlimen Pokok Sena pada PRU13 yang lalu.

No comments: