Friday, June 7, 2013

3 Badigol Yang Bakal Habiskan Perbendaharaan Negeri Selangor RM0.54 Juta Setahun Ke Poket Masing-Masing


Akhirnya, DAP turut menamakan Teresa Kok sebagai calonnya ke jawatan Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar Selangor.

Perkara ini diputuskan oleh CEC DAP (yang dianggap  tidak sah oleh Pendaftar Pertubuhan), dalam mesyuaratnya yang berlansung kelmarin.


Disamping itu, DAP turut mencadangkan jawatan yang setara dengan status dan syarat lantikan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail seperti yang ditawarkan oleh MB TS Khalid Ibrahim, turut diperuntukkan kepada PAS.


Meskipun PAS telah membayangkan untuk turut menuntut perlantikan salah seorang Naib Presidennya ke jawatan berkenaan, namun belum mencalonkan siapakah antara 3 Naib Presidennya (Husam Musa, Mahfoz Omar dan Salahudin Ayub).

Desas-desus mengatakan bahawa PAS Selangor mahukan Husam Musa dilantik mewakili PAS.

Dalam keadaan Khalid Ibrahim bertegas dengan pendirian untuk melantik Saifuddin, beliau turut  mengingatkan yang pihaknya punya kuasa mutlak untuk melantik sesiapa sahaja yang difikirkan layak membantu pentadbiran negeri.

Apa yang pasti MPN PKR Selangor membayangkan tentangan mereka, manakala dipihak DAP dan PAS mengambil kesempatan dengan tuntutan balas mereka.

Hakikatnya, kalau 3 badigol ini dilantik, maka kerajaan negeri akan membelanjakan RM540,000 setahun sebagai emolumen kepada 3 pegawai yang tidak diperlukan sama sekali.(Khabarnya Saifuddin akan dibayar RM15,000 sebulan).

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Islam mengajar umatnya bersatupadu namun kita muslim berpecah belah sedangkan bangsa lain boleh bersatupadu

Kalau nak beli atau jual barang terpakai dan baharu sila ke produkmuslim.info

Kalau tak beli atau jual pun sila daftar sebab ada cabutan bertuah sebulan sekali

Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Ha! Ha! 3 ekor badigol yg bakal dilantik tu umpama menjual beli barang buruk terpakailah tu.Tak guna di tempat lain di gunapakai semula di Selangor. Alahai apalah punyai bingai MB melantik muka2 melaun tak berguna ni. Mcm mana Selangor nak maju? Mengabihkan boreh jo lah....

Anonymous said...

nasib baik takder timbalan menteri besar...kalau ada...mau tiga timbalan dari ketiga-tiga parti ni!!

belum lagi utk jawatan dlm GLC negeri...mau tiga orang dilantik!!

kampong lad said...

jawatan Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar Selangor.


apa kena mengena jawatan ni dgn kerajaan negeri? under state govt's payroll?