Friday, October 28, 2011

Mungkin Sukar Bagi Muhyiddin Bahkan Najib Juga, Dalam Berdepan Dengan Pelopor 'Masyarakat Medani'

Bukan tersalah eja, tetapi jelas ia adalah 'Masyarakat Medani'. 'Masyarakat Medani' tidak ada kena mengena dengan konsep 'Masyarakat Madani' yang dipelopori oleh badan pemikir Anwar Ibrahim, mahu pun versi Nurcholish Madjid. Sebaliknya, 'Masyarakat Medani' adalah suatu sindrom yang berupa penajaan rombongan ke Medan dikalangan pihak-pihak tertentu kepada pemimpin-pemimpin akar umbi UMNO.

Dalam kesebokan PM DS Najib dan juga TPM TS Muhyiddin berulangalik ke Selangor, kadangkala mengganggu aktiviti 'Masyarakat Medani'.

Baru-baru ini, difahamkan satu Bahagian UMNO telah mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan lawatan TPM ke kawasan mereka. Maka Ketua Bahagian yang mempengerusikan mesyuarat memaklum tarikh lawatan berkenaan. Tiba-tiba seorang Ketua Wanita Cawangan memberi respons bahawa tarikh berkenaan bertembung dengan lawatan ke Medan. Apalagi, mengamuklah Ketua Bahagian apabila dalam tumpuan memperkuat jentera pilihanraya, ada juga yang penajaan untuk terbang ke seberang.

No comments: