Monday, October 24, 2011

MOF Batal Bidaan Everbright Untuk Pembinaan Bukit Bintang City Center - Kita Tunggu Sambungan Episod Pertelingkahan Nur Jazlan & Musa Sheikh Fadzir

Akhirnya kuasa pemutus Kementerian Kewangan (MOF) melalui golden share yang dimiliki dalam UDA Holdings telah membatalkan keputusan awal Lembaga Pengarah UDA Holdings yang menganugerahkan kontrak pembangunan semula tapak Penjara Pudu kepada Everbright International Construction Ltd.

SUDAH pasti para kontraktor Bumiputera lega apabila UDA Holdings Bhd. (UDA) mengesahkan bahawa Kementerian Kewangan (MoF) telah menolak bidaan Everbright International Construction Ltd. (Everbright) untuk membangunkan bekas tapak Penjara Pudu.

Lebih menggembirakan apabila MoF memutuskan supaya pembangunan di kawasan seluas 7.76 hektar itu dibangunkan oleh syarikat-syarikat bumiputera.

Nampaknya, usaha pelbagai pihak mempertahankan projek pembangunan semula tapak Penjara Pudu itu agar dilaksanakan oleh 'tangan tempatan' berbaloi. [Utusan]

Saya mengalu-alukan keputusan MOF namun pada masa yang sama peru berhati-hati kerana pilihanraya telah semakin hampir. Jangan sesekali membiarkan pembangunan semula tapak Penjara Pudu (Bukit Bintang City Center) akan dipergunakan untuk political mileage pihak pembangkang.

Sebelum ini pun saya amat ragu dengan sandiwara-sandiwara yang ditunjukkan oleh pihak-pihak tertentu dalam isu ini. Baca [SINI] untuk mengetahui sandiwara berkenaan.

No comments: