JITRA 23 Okt. — Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan memandang serius deklarasi tuntutan 10 perkara oleh Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam, semalam.
Katanya, kerajaan persekutuan akan mengambil tanggungjawab dan memberi keutamaan untuk tindakan selanjutnya berhubung tuntutan itu yang antara lain mendesak penggubalan undang-undang khusus bagi membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam.
Beliau menegaskan hal tersebut kepada pemberita selepas merasmikan seminar Kewangan Islam untuk pentadbir-pentadbir masjid peringkat negeri Kedah di sini, hari ini.
Jamil Khir berkata, “Mana-mana perkara yang berkaitan kuasa kerajaan negeri, kita akan minta negeri ambil tindakan manakala bagi pihak persekutuan kita akan bertindak selepas mengkaji segala sudut termasuk perundangan.
"Kita juga lihat mana yang lebih tepat untuk dilaksanakan sekiranya negeri-negeri tidak mampu berdiri atas enakmen atau akta yang memerlukan pindaan,” tambahnya. — Bernama/Utusan
Sunday, October 23, 2011
Pasca HIMPUN - Nasrudin Hassan At-Tantawi Beri Indikasi Untuk Menyokong UMNO?
Dalam kenyataan yang dibuat oleh Nasrudin juga, seolah-olah cuba membawa persepsi kepada komponen BN yang lain dan rakan-rakan sekongkolan PAS, khususnya DAP bahawa UMNO melalui NGOnya menyokong HIMPUN. Nampaknya, Nasrudin cuba bermain politik, dengan melabelkan mana-mana NGO yang disertai atau dipimpin oleh mereka yang menjadi ahli atau pun pemimpin UMNO, maka itu adalah NGO UMNO.
Wah! Begitu mudah beliau membuat kenyataan.
Dalam pada itu, jika dipandang dari sudut yang berlainan, mungkin juga kenyataan Nasrudin adalah manisfestasi kekecewaannya, bila partinya sendiri mengambil pendirian untuk tidak menyertai HIMPUN, atas sebab yang tidak dapat disangkal, iaitu untuk menjaga hati rakan kongsinya DAP.
Meskipun ketidakhadiran Nasrudin di HIMPUN, pelik apabila luahrasanya dikemundangkan melalui bacaan puisi karyanya di majlis tersebut. Apakah Nasrudin cuba bermain wayang dan baling batu sembunyi tangan?
Disamping itu, timbul juga persoalan samada kenyataan Nasrudin di blognya merupakan indikasi bahawa beliau sedia untuk bersama UMNO, jika perlaksanaan undang-undang Islam dan tuntutan 10 perkara HIMPUN dipenuhi oleh kerajaan atau sekurang-kurangnya memuji langkah berani kerajaan (jika dilaksanakan)?
Sehubungan dengan itu, respons awal dipihak kerajaan adalah seperti berikut:-
Namun begitu, dalam realiti politik saya yakin Nasrudin tidak akan berani mengambil tindakan demikian (menyokong dan memuji UMNO). Dalam banyak keadaan, pendirian awal Nasrudin sentiasa berbeza dengan tindakannya. Misalnya dalam isu pencegahan maksiat semasa awal tahun baru di Selangor, dari pendirian awal untuk turut serta dalam penguatkuasaan, berubah menjadi memberikan nasihat kepada pelaku-pelaku maksiat, apabila dihenyak oleh DAP.
Malah yang terbaru ialah apabila berdegar-degar untuk bersama HIMPUN tetapi akhirnya bak cencurut yang lari menyorok bila dihambat DAP dan PKR. Baca [SINI] untuk pengesahan perilaku Nasrudin.
Oleh itu, rasanya tidak perlu bagi kerajaan untuk melayan saranan Nasrudin kerana dipenghujungnya, beliaulah orang yang pertama menyorok di sebalik pintu!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment