Tuesday, October 25, 2011

Samy Vellu Buat Hal Lagi - Kali Ni Di Bangla


Barangkali telah ditakdirkan bahawa Dato' Seri Samy Vellu sinonim dengan tol.

Tak cukup di Malaysia, akhirnya dipanjangkan pula ke Bangladesh.

Apa pun, tahniah kepada Samy Vellu yang berjaya create projek RM10 bilion di negara tersebut.

Samy Vellu yang mengakhiri lawatan kerja empat harinya ke Bangladesh minggu lepas, yang menyaksikan Kuala Lumpur menandatangani perjanjian dengan Dhaka untuk melaksanakan projek infrastruktur bernilai RM10 bilion, berkata satu kajian akan dilakukan untuk mereka bentuk semula jambatan berkenaan bagi mengurangkan kos, yang dipersetujui oleh Sheikh Hasina.

Beliau berkata, pulangan daripada pelaburan projek jambatan itu akan dikumpul menerusi kutipan tol, dan tidak menolak kemungkinan Malaysia menandatangani perjanjian konsesi yang lebih panjang dengan pihak berkuasa Bangladesh. — Bernama/Utusan

No comments: