Monday, October 24, 2011

Apakah Allah Telah Takdirkan "Melayu Sepakat Islam Berdaulat" Akan Lebih Aman Tanpa PAS Dulu, Kini Dan Selamanya?

Foto : The Star

Saya tertaik dengan foto di atas. Jangan salah faham, ia bukan bermaksud tertarik kepada kumpulan wanita (anak-anak gadis?) di atas, tetapi tertarik kepada banner yang dipegang oleh mereka, "Melayu Sepakat, Islam Berdaulat".

Foto : Utusan bersumberkan Muazfaris

Barangkali sememangnya telah ditakdirkan oleh Allah swt bahawa dalam menzahirkan "Melayu Sepakat, Islam Berdaulat" hanya akan terlaksana tanpa PAS.

Telah tercatat ditinta sejarah, UMNO yang ditubuhkan untuk menyatukan pertubuhan-pertubuhan Melayu pada tahun 1946 tidak dipersetujui oleh Dr Burhanuddin Helmi yang ketika mengetuai Parti Kebangsaan Melayu Malaya, meskipun awalnya bersetuju dalam kesatuan Melayu dalam Kongres Melayu I, di Kelab Sultan Sulaiman. Sebaliknya, apabila PAS ditubuhkan pada tahun 1951 ekoran penarikan diri sebahagian ulamak, maka tokoh itulah yang menjadi YDPA PAS yang kedua selepas Ahmad Fuad Hasan.

PAS bukan tidak pernah bersama UMNO. Selepas 'Tragedi 13 Mei 1969' dan dalam membentuk entiti politik yang mantap, PAS pernah bersama BN untuk tempoh 1974 - 1977. Sekali lagi perpaduan Melayu gagal. Namun, atas izin Allah jua, umat Melayu Islam masih memberikan kepercayaan kepada UMNO.

Kini Melayu Islam sekali lagi teruji, PAS masih lagi menunjukkan ego dan langkap silapnya dengan mengisytiharkan untuk tidak bersama HIMPUN. PAS tidak mahu belajar dari kesilapan dulu.

Akhirnya jua, mungkin Allah telah mentakdirkan bahawa dalam membentuk "Melayu Sepakat, Islam Berdaulat" akan lebih aman tanpa PAS sejak dulu, kini dan selamanya.

1 comment:

Anonymous said...

tiba2 setuju pula dengan entri ni