Ketua Pergerakan Wanita UMNO Dato' Seri Shahrizat berkemungkinan besar tidak akan tercalon dalam PRU13.
Puncanya, markah beliau untuk melayakkan diri sebagai winnable candidate telah kena demerit. Berapa markah yang hilang, itu jangan ditanya sebab itu kerja pucuk pimpinan parti.
Blog Dinturtle, telah mempersoalkan kredibiliti Shahrizat akibat penglibatan anggota keluarganya dalam projek yang disediakan oleh kerajaan dan anda boleh baca di SINI.
Sebelum dihentam oleh blog pro-pembangkang, lebih baik dihentam oleh blog pro-kerajaan.
Jangan anggap pendedahan yang telah dibuat adalah bertujuan untuk sensasi. Sebaliknya, anggaplah sebagai satu kaedah mempermudahkan kerja-kerja pucuk pimpinan parti dan kerajaan.
Tambahan pula, punca pendedahan dari Laporan Ketua Audit Negara dan sumber maklumat mudah diperolehi di jari pembaca.
Kadang-kadang pendedahan sebegini juga penting, sekurang-kurangnya memudahkan pencarian winnable candidate oleh di pihak PM.
Dalam pada itu, kepada mereka yang begitu berminat dan ghairah menjadi calon, anda diingatkan awal-awal tarik handbrake kerana susah penyokong-penyokong untuk usung kau orang dengan segala masalah, pekung yang ada pada diri dan keluarga kau orang.
No comments:
Post a Comment