"Jadinya, mahu tidak mahu, kita mesti berubah untuk kepentingan rakyat. Berubah dari sikap mazmumah kepada sikap mahmudah. Berubah daripada kurang mesra kepada mesra, daripada mementingkan diri kepada mementingkan rakyat, daripada malas kepada rajin kerja, berubah daripada kurang berkhidmat kepada suka berkhidmat.
"Berubahlah, jika tidak, kita rebah," – Petikan Ucapan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semasa perasmian serentak Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia 2009.
Saranan terebut hakikatnya ditujukan kepada para pemimpin UMNO yang perlu dijadikan iktibar oleh mereka yang menjawat jawatan disemua peringkat dalam parti, iaitu dari peringkat cawangan, bahagian, negeri dan hinggalah ke peringkat pusat.
Kini telah 2 tahun kata-kata itu diluahkan oleh Najib. Namun, apakah saranan terhadap transformasi diri para pemimpin telah terlaksana sepenuhnya?
Umumnya, bila Najib mengatakan "Berubalah, jika tidak, kita rebah" dengan sendirinya bermaksud para pemimpin perlu dilihat bersih, bebas skandal, bebas isu disamping dapat menggerakkan masyarakat yang dipimpinnya bersatu. Secara tidak lansung, pemimpin tersebut perlu ada skill menjadi trend setter membangkitkan gelombang kebangkitan rakyat untuk kembali bersama UMNO dan BN.
Intipati ucapan Najib 2 tahun lepas juga adalah penyataan terhadap UMNO mesti berubah dari dikaitkan dengan politik wang dan sebarang amalan rasuah serta amalan siasah yang tidak sihat bagi memenangi semula hati dan pemikiran rakyat.
Kemenangan BN di Selangor adalah fokus utama Najib. Telah beberapa kali terpacul dari mulut Najib bahawa Selangor perlu ditawan kembali kerana disitulah kemenangan moral UMNO dan BN.
Acap kali Najib turun naik ke Selangor. Tidak cukup dengan itu, TPM TS Muhyiddin Yasin juga terpaksa berulang alik melawat kawasan-kawasan di Selangor.
Malah semalam Muhyiddin telah sehari suntuk meluangkan masa di selatan Selangor. Malangnya, deria Muhyiddin masih agak pesimis dengan kepimpinan di Selangor. Sahabat blogger MIK melaporkan yang Muhyiddin meminta semua masalah yang menjadi beban kepimpinan dalam parti diselesaikan segera. [Laporan klik SINI]
Mungkin ini yang menjadikan pucuk pimpinan membuat keputusan beralih arah kepada pencarian winnable candidate. Dalam kata lain, mencari seseorang calon yang bukan sahaja kelihatan bersih tetapi juga disenangi serta tidak mempunyai sebarang persepsi negatif dari kelompok masyarakat di dalam kawasan kejiranannya.
Seperkara lagi, pasti pucuk pimpinan tidak mengharapkan kelompok lain untuk turut serta menjadi trend setter dalam menzahirkan gelombang kebangkitan di Selangor (gambar bawah) jika keseluruhan kepimpinan bahagian UMNO Selangor dikedudukan tahap yang cemerlang.
No comments:
Post a Comment