Tuesday, October 25, 2011

Budak-Budak Sekolah Dah Mula Pandang Uncle Najib Sebelah Mata

Wajah-wajah yang menjadi buruan anak-anak yang bersekolah dari Tahun 1 - Tingkatan 5 pada hujung tahun ini.

Semuanya dah tunggu bila nak dapat RM100, menjelang sesi persekolahan 2012

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Kementerian Pelajaran telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi memperincikan kaedah penyaluran bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap murid di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, swasta, persendirian dan juga sekolah agama di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jawatankuasa itu diwujudkan bagi memastikan bantuan yang disediakan dapat digunakan oleh murid semasa membuat persediaan persekolahan sesi 2012 nanti.

Beliau berkata, kementerian akan memastikan pelaksanaan pemberian bantuan itu berjalan lancar.

"Saya ingin mengingatkan kepada ibu bapa atau penjaga murid, bahawa peruntukan tersebut adalah untuk penyediaan keperluan persekolahan murid dan janganlah digunakan untuk tujuan yang lain," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 bagi Kementerian Pelajaran di Dewan Rakyat hari ini. [Utusan]

No comments: