Monday, October 24, 2011

Kontroversi Pembangunan Semula Tapak Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya - Nik Nazmi Dibutuhkan Penduduk SS7, Kelana Jaya

Dah agak dah, bila sebok diperkatakan tanah Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya telah dijual oleh Kerajaan PR, maka kesalahan akan dituding kepada kepada Kerajaan BN terdahulu.

Jika pun benar dakwaan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa padang berkenaan telah mendapat geran bagi plot-plot tanah berkenaan untuk pembangunan komersial pada 2006 dan jika benar 3 geran telah dikeluarkan untuk tempoh 2006 hingga 2008, mengapa tidak dibatalkan terus projek pembangunan tersebut kerana kuasa kini ditangan PR.

Sedangkan Projek Empangan Langat 2 yang lebih mustahak dan berkepentingan umum lagi boleh ditangguhkan oleh MB Khalid Ibrahim, inikan pula pembangunan semula Kompleks Sukan PKNS. Telahan mudah, sebab PKR ada kepentingan dan ada masukkah?

Oleh itu, Nik Nazmi tak perlu adakan perjumpaan semula untuk mendengar rintihan dan bantahan kawasan kejiranan tersebut. Hentak sahaja meja Khalid Ibrahim, suruh dia batalkan projek tersebut. Jangan bazirkan masa rakyat setempat, habis cerita.

P/S 'Butuh' adalah istilah Bahasa Indonesia yang bermaksud 'perlu'
[dibutuhkan = diperlukan]

KENYATAAN MEDIA ADUN SERI SETIA NIK NAZMI NIK AHMAD

Ramai penduduk SS7 Kelana Jaya prihatin dengan cadangan pembangunan semula Kompleks Sukan PKNS.

Cadangan ini mula dibincangkan di dalam perbincangan tidak formal dengan penduduk awal tahun ini yang turut dihadiri pegawai-pegawai PKNS.

Penduduk prihatin memandangkan Kompleks Sukan ini telah digunakan untuk aktiviti sukan dan masyarakat selama bertahun-tahun. Ramai jaguh sukan bola sepak, kriket dan ragbi dilahirkan di sini, malah perlawanan Kriket Sukan Komanwel 1998 juga dilangsungkan di sini.

Jelas sekali Kompleks Sukan ini mempunyai nilai komuniti dan sejarah yang cukup besar bukan sahaja bagi masyarakat setempat tetapi negara.

Apatah lagi, sebarang pembangunan akan mengeruhkan keadaan trafik kawasan ini yang sudahpun berada di dalam keadaan teruk dan akan menyaksikan beberapa projek kepadatan tinggi yang baru: Icon City, Paradigm dan lain-lain lagi.

Memandangkan cadangan terbaru ini hanya diutarakan ketika saya berada di luar negara, saya tidak dapat bertemu dengan penduduk ataupun menghadiri bantahan aman yang diadakan pada 16 Oktober 2011.

Bagi memahami cadangan ini, saya bertemu dengan pegawai-pegawai PKNS pada Isnin 17 Oktober. Pagi ini saya bertemu dengan AJK Selamatkan Padang Rakyat yang memimpin bantahan terhadap pembangunan semula ini.

Berikut merupakan fakta-fakta kes ini:

PKNS memohon geran untuk plot-plot tanah di Kompleks Sukan ini pada 2006 di bawah Kerajaan BN sebelum ini bagi membolehkan PKNS memajukan tanah ini secara komersial.

Ada tiga geran yang dikeluarkan kepada PKNS antara 2006 hingga 2008 untuk pembangunan institusi dan komersial.

PKNS kini telah membuat permohonan kepada MBPJ untuk membangunkan Kompleks Sukan ini yang kemudiannya menarik perhatian penduduk.

Saya akan menganjurkan dialog dengan penduduk SS7 tentang pembangunan semula Kompleks Sukan ini pada 10 pagi Sabtu 22 Oktober di Dewan Sri Nilam, Kompleks Sukan PKNS.

Saya berharap penduduk dapat hadir bagi menyuarakan pandangan mereka tentang projek ini.

Saya berjanji untuk berbuat apa sahaja bagi mencari penyelesaian terbaik bagi penduduk dan berharap PKNS yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dapat mengkaji semula cadangan ini dengan mengambilkira pandangan penduduk.

NIK NAZMI NIK AHMAD
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SERI SETIA, SELANGOR
19 Oktober 2011

2 comments:

Anonymous said...

Projek Empangan Langat Sg Langat 2 adalah projek federal yg tidak menguntungkan PR Selangor.

Bg mereka, rakyat tidak penting, yang penting bisnes...

Itu yg dikatakan TPM baru-baru ini...

Marilah sama2 kita selamatkan Selangor dari manusia rakus dalam PR.

Anonymous said...

Esok, 30 Oktober (Ahad) MBPJ akan menganjurkan PJ Half Marathon dengan tema RUN FOR A GREENER PJ (how ironic!) tetapi pada masa yang sama, PKNS bercadang merobohkan kompleks sukan dan padang bola di Kelana Jaya untuk keuntungan dan ketamakan.

PJ people, UNITE! Tentanglah kerakusan PKNS melenyapkan kehijauan tanah Selangor. Kami hanya ada sehingga 3 November untuk membantah pelaksanaan projek gila ini. Bantulah kami....

Selamatkan kehijauan Selangor daripada kerakusan manusia yang tidak pandai mengurus bumi Tuhan.

http://www.petitionbuzz.com/petitions/padangpkns

https://www.facebook.com/groups/271494056224615/

http://www.melatiehsan.com.my/project-ss7-kelana-jaya.php