Monday, July 11, 2011

Hansard Sidang Selangor Yang Membuktikan Khalid Ibrahim Berbohong Bila Nafi Kerajaan Selangor Tidak Pernah Sasar Royalti Pasir RM150 Juta

Khabarnya hari ini MB Selangor TS Khalid Ibrahim menafikan Kerajaan Negeri mensasarkan hasil pasir Rm150 juta.

SHAH ALAM 11 Julai – Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah meletakkan sasaran mengutip hasil perlombongan pasir sebanyak RM150 juta setahun, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, sebaliknya kutipan hasil daripada aktiviti tersebut di Selangor hanyalah melebihi RM100,000 setahun.

"Kami tidak pernah meletak sasaran hasil kutipan pasir pada kadar RM150 juta setahun.

"Berdasarkan hasil kajian yang dilakukan awal tahun 2008, seluruh industri pasir (di Selangor) memberi pulangan melebihi RM100,000,” katanya ketika menjawab soalan Wong Koon Mun (BN-Kuala Kubu Baru) mengenai hasil kutipan pasir di Selangor pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Pada 2009, Abdul Khalid dalam ucapan bajet negeri telah menyatakan sasaran hasil kutipan perlombongan pasir di negeri tersebut sebanyak RM150 juta setahun melalui penubuhan syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Bagaimanapun ketika pembentangan Bajet 2011 negeri pada November tahun lalu, Abdul Khalid menyatakan sehingga Oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang diterima oleh kerajaan negeri pada tahun berkenaan tersasar daripada sasaran awal iaitu RM4.6 juta. – Bernama/Utusan

Baca petikan jawapan Exco Kerajaan Negeri Selangor Yaakob Sapari di Sidang DUN Selangor ke 12, Penggal Pertama, Mesyuarat Ketiga pada 23 Oktober 2008 seperti berikut:

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA
Y.B TUAN DR SHAFIE BIN ABU BAKAR
(BANGI)
TAJUK : PENGELUARAN PASIR
23. Kerajaan negeri Selangor mengarahkan mulai 1 Julai 2008 semua aktiviti
mengeluarkan pasir dihentikan.
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar :
a) Apakah polisi dan mekanisma yang digunakan kerajaan bagi pengurusan pasir di Selangor selepas itu.
b) Beri nama syarikat-syarikat pengurusan pasir di Selangor sebelum dihentikan.
c) Apakah jangkaan pendapatan dari hasil pasir selepas polisi baru dilaksanakan?

Y.B. TUAN HAJI YAAKOB BIN SAPARI : Bismillahi rahmani rahim. Assalamualaikum WBT. Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, berkaitan dengan soalan Bangi yang juga dibangkitkan oleh Sungai Panjang. Setelah saya berada di pejabat EXCO, saya mendapat taklimat daripada pegawai. Saya bertanyakan berapakah pendapatan royalti daripada hasil batuan kerajaan negeri. Pegawai memberitahu bahawa pendapatan sekitar dua puluh satu juta dan hasil daripada royalti pasir sekitar tujuh belas juta. Bila saya bertanya kepada REHDA berapakah demand dengan izin untuk pasir seluruh Selangor setahun. Jawapannya sekitar lima puluh juta metrik tan. Kalau satu tan dikenakan royalti tiga ringgit sepatutnya kerajaan negeri mengutip seratus lima puluh juta matriks setahun, tetapi kenapa tujuh belas juta. Hasil perbincangan dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, akhirnya kerajaan negeri memutuskan supaya hasil batuan ini diuruskan sendiri oleh Kerajaan negeri. Ekoran daripada itu kerajaan negeri telah menubuhkan sebuah syarikat di bawah MBI namanya Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. dan syarikat ini akan mengendalikan hasil batuan di kerajaan negeri dengan itu sistem pengurusan hasil batuan negeri akan lebih teratur. Senarai syarikat-syarikat yang lepas yang telah mendapat , ada senarai dalam senarai yang diberikan masih ada enam syarikat lagi yang masih beroperasi sampai bulan dua belas. Saya dapati syarikat-syarikat ini ada yang berkait rapat sebahagian besar dengan pemimpin-pemimpin politik kerajaan terdahulu. Untuk soalan ketiga, berdasarkan jangkaan yang kita ada kita menganggarkan sekurang-kurangnya seratus dua puluh juta yang akan dikutip daripada hasil batuan negeri Selangor dan semua hasil-hasil ini kita akan berikan kepada rakyat sebagai janji kita dalam manifesto menjadikan Selangor sebuah negara maju, bersih dan berkebajikan. Terima kasih

(Hansard penuh boleh dibaca di S.I.N.I - muka surat 10 & 11)

No comments: