Kenyataan ini adalah merujuk kepada tututan BERSIH supaya jangkamasa berkempen dipanjangkan, walhal pihak pembangkang tiap-tiap hari berkempen.
Bagi Najib, tuntutan BERSIH tidak berasas kerana mereka berkempen sepanjang tahun, sementara dipihak BN sebok melaksanakan agenda memajukan negara.
Begitu juga dalam hal undi POS. Najib menjelaskan tidak wujud undi POS, sebaliknya mengundi lebih awal kerana pengundi-pengundi berkenaan bertugas semasa pilihanraya, khususnya petugas SPR dan anggota pasukan keelamatan.
Saya secara peribadi pernah terlibat menyaksikan pengendalian kertas undi POS di kawasan Parlimen Klang semasa PRU2008. Apa yang saya lihat sendiri, calon-calon DAP baik Charles Santiago, Ronnie Liu mahupun Manoharan (Hindraf) tidak menghantar wakil-wakil mereka semasa pengendalian kertas-kertas undi tersebut.
Dalam konteks ini, apakah SPR tidak telus? Bertambah pelik ketiga-tiga mereka menang di kawasan masing-masing!
Dalam perkembangan yang sama, ucapan Najib ini adalah semasa Ceramah Penerangan Perdana khusus kepada pemimpin-pemimpin semua peringkat UMNO, wakil-wakil NGO Melayu, wakil-wakil Persilatan dan juga CEO GLC dan swasta Melayu yang berlansung pagi tadi di PWTC. Seramai 6,000 wakil dari seluruh negara hadir untuk mendengar amanat PM.
Difahamkan notis ceramah ini hanya dalam tempoh 2 hari dan kehadiran amat menggalakkan, hingga suasana di PWTC seolah-olah semasa Perhimpunan Agong UMNO.
No comments:
Post a Comment