Popeye The Sailor Man adalah watak kartun yang telah menjangkau usia 80 tahun, mengisahkan watak pelaut.
Namun dalam industri maritim negara, zahirnya kita masih kekurangan dari segi modal insan dan sumber manusia domestik tidak mencukupi untuk keperluan tempatan.
Di rantau ASEAN, Filipina dan Indonesia banyak melahirkan pelaut-pelaut yang berkhidmat dalam pelbagai syarikat perkapalan antarabangsa.
Saya pernah mendengar taklimat dari MISC dan dimaklumkan bahawa bagi mereka yang berminat memasuki Akademi Laut Malaysia (ALAM), pengangguran adalah sifar. Kerja sedia menanti mereka kerana setiap tahun lulusan akademi berkenaan masih tidak dapat menampung keperluaan sumber manusia untuk industri maritim tempatan.
Seperkara yang perlu diketahui oleh semua, AET Tanker Holdings milik MISC adalah antara pengendali kapal tangki yang terbesar di dunia.
Malangnya, kita masih kekurangan anak-anak kapal untuk mengendalikan kapal milik sendiri. Malah, MISC terpaksa mencari sumber manusi hingga ke India! Dimanakah anak-anak tempatan?
Kepada sesiapa tidak mahu dicari LHDN, sertailah industri maritim kerana kerjaya ini adalah dikecualikan dari cukai pendapatan.
CHENNAI 16 Julai - MISC Berhad, syarikat perkapalan terkemuka dunia telah ‘berlabuh’ di bandar bahagian India Selatan, untuk mencari pekerja maritim berkemahiran di India.
India, pada masa ini telah membekalkan hampir lapan peratus pelaut untuk industri maritim dunia atau kira-kira 100,000 warga India bekerja di kapal pedagang antarabangsa.
"Pada masa ini, kami mempunyai lebih 8,000 pekerja profesional laut yang 25 peratus daripadanya terdiri daripada warga India sementara yang lain ialah warga Malaysia, Filipina dan lain-lain," kata Kapten Rajalingam Subramaniam, Naib Presiden Perkhidmatan Pengurusan Kapal MISC dalam satu kenyataan. [Bernama/Utusan]
No comments:
Post a Comment