Saturday, March 3, 2012

PKR Dalam Keadaan Yakin Melayu Tidak Menyokong Najib

Duduk berbual-bual dengan seorang ahli majlis PBT Selangor (berbangsa Cina) dari PKR. DIa melahirkan keyakinan bahawa BN akan tewas pada PRU13. Keyakinan disandarkan kepada rasa tidak senang dikalangan orang Melayu terhadap bantuan yang banyak dicurahkan kepada sekolah-sekolah dan pertubuhan-pertubuhan Cina.

Malas untuk mencelah, tetapi sekadar mengangguk-angguk yang bukan tanda setuju tetapi mengangguk atas rasa terima kasih atas maklumat yang disampaikan.

Malangnya, kerana ada urusan yang lebih penting dan kalau diajukan maka akan menjadi perbahasan yang lebih panjang, maka masih disimpan soalan yang berkenaan.

Sebenarnya soalan yang hendak ditanya, "habis tu orang Melayu nak undi siapa?".



1 comment:

rahman said...

ORANG MELAYU UNDI BEBAS, TOK HIM JADI KETUA, ZULKIFLI NORDIN JADI TMMBALAN.. PERKASA DAN JATI JADI BUKU LIMA ORANG MELAYU!!! SAPA BERANI BANTAH??