Kalau berceramah, mesti nak selitkan promosi songkok Bugis, seolah-olah dia adalah peragawan dan duta dalam promosi jualan songkok berkenaan.
Sebagai penjawat awam dalam kerajaan Selangor, rasanya kurang manis kalau Badrolamin berbuat demikian.
Kalau dilihat pada pada portal Selangorkini di atas, sejak 15 Februari iaitu lebih kurang 10 hari Badrolamin ditangkap, portal tersebut tidak beroperasi. Ini bermakna Selangorkini lebih awal bercuti, sebelum Badrolamin dicutikan.
Seolah-olah ada masalah dalaman. Perlu diingatkan Selangorkini bukan macam pengendali blog yang tak bergaji. Ia milik kerajaan negeri dan antara agensi yang dibiayai dibawah peruntukan RM15 juta, seperti yang diumumkan oleh MB Selangor.
Ini mungkin sabotaj dalaman terhadap Badrolamin.
Tapi dia masih tembak sipi kononnya ia adalah perangkap luar parti dan bukan parti.
No comments:
Post a Comment