Monday, April 29, 2013
Kesian Khalid Ibrahim - Dipermainkan Jentera Pilihan Raya PKR DUN Pelabuhan Klang
Kesian bila melihat calon PKR untuk DUN Pelabuhan Klang TS Khalid Ibrahim dipermainkan oleh jentera pilihan rayanya sendiri.
Satu program telah diadakan oleh jentera pilihanraya PKR bagi DUN berkenaan untuk Khalid di Bandar Armada Putera, Pulau Indah. Antara acara yang turut dihadir oleh isteri Khalid, Puan Sri Salbiah Tunut ialah pertandingan memasak dan pertunjukan fesyen busana untuk muslimah.
Meskipun kawasan tersebut mempunyai ramai penduduk, namun kebanyakan mereka mengundi di luar dari kawasan DUN Pelabuhan Klang. Kebanyakan dari mereka tidak membuang undi di situ, sebaliknya ramai yang mengundi di kawasan-kawasan parlimen Kapar, Kota Raja, Kuala Langat atau di tempat tinggal mereka sebelum berpindah ke kawasan kediaman baru di Bandar Armada Putera. Majoriti mereka tidak menukar tempat mengundi masing-masing.
Menurut Ketua Jentera BN bagi Pusat Daerah Mengundi Pulau Indah Utara Amir Hamzah Husin, pengundi-pengundi dari Bandar Armada Putera berjumlah di bawah 80 orang. Jadi kehadiran pengundi itu tidak menggambarkan jumlah undi sebenar untuk Khalid.
Sebelum ini Khalid mendakwa bahawa beliau lebih pandai dari PM DS Najib Razak. Namun dalam bab kempen ini, beliau telah dipedaya dan diperbodohkan oleh jenteranya sendiri.
Sebaliknya, Najib secara naturalnya diterima oleh para pengundi di Pelabuhan Klang.
Semalam Najib tampil membantu kempen lawan Khalid di Pelabuhan Klang, Dato' Nasaruddin di Pendamaran Jaya. Bak kata salah seorang penduduk Pendamaran Jaya, ia melihat rakyat bagai histeria menyambut Najib di kawasan mereka.
Najib memberitahu rakyat di Pendamaran Jaya, Khalid telah angkat punggung lari tengah dari Ijok ke Pelabuhan Klang kerana tidak diterima lagi oleh rakyat di sana.
Foto-foto di bawah adalah gambar sisi di luar khemah utama.
Saksikan sendiri foto-foto sambutan hangat untuk Najib klik SINI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kesiannnn khalid, dah la gagap, bodo pulak tu, kena kencing ngan puak sendiri....hu...hu...
Post a Comment