Wednesday, May 1, 2013

Anwar Ibrahim Tinggalkan Khalid Ibrahim Terkangkang Bersendirian di Pelabuhan Klang - Terpaksa Gunakan Kaedah Jual Air Liur Bagai Penjual Ubat


MB Selangor TS Khalid Ibrahim telah membuat keputusan yang silap apabila berpindah kawasan ke DUN Pelabuhan Klang dalam PRU13.

Terus terang dikatakan bahawa Khalid dalam keadaan bersendirian tanpa sokongan cabang PKR Klang, PKR Selangor mahupun PKR Pusat.

Tanpa sokongan dan jentera kempen yang teratur, Khalid terpaksa megambil pendekatan penjualan ubat menjual air liur di tempat-tempat yang ada ramai orang untuk berkempen.

Foto atas dirakam jam 10 pagi tadi di hadapan sebuah restoran dan mini market di Pendamaran Jaya, Pelabuhan Klang.

Khalid dilihat berdiri dan berucap di atas kenderaan pacuan 4-roda untuk menarik perhatian orang yang lalu-lalang di situ.

Dari pemerhatian kami ke beberapa bilik gerakan PKR di sekitar Pelabuhan Klang ternyata kebanyakannya tanpa penghuni, malah difahamkan mereka tidak punya jentera diperingkat tempatan dan terpaksa membayar 'askar upahan' dari luar untuk memasang poster dan banner.

Dengan pilihanraya yang akan berlansung beberapa hari lagi, jika Anwar tidak muncul di Pelabuhan Klang, maka sah Khalid dihantar untuk dikuburkan di Pelabuhan Klang.

Hakikatnya, semenjak tempoh kempen tiada rally besar PKR di Pelabuhan Klang yang boleh menggugatkan impak BN di kawasan di kawasan berkenaan.

2 comments:

Anonymous said...

Biarlah mereka terkial kial, biar mampus je semua..Tak payah cerita pasal mereka.

Anonymous said...

pada aku senang je kalau nak susah sampai bila bila pangkah pr kalau nak senang sampai kita mati pangkah lah BN.