Monday, April 29, 2013
Petanda Kebangkitan BN Di Selangor - Sambutan Hangat Bagai Raja Pop Untuk Najib Di Pelabuhan Klang
Amat jarang bagi saya melihat sambutan bak menyambut 'Raja Pop' yang begitu hangat diberikan oleh rakyat dalam sesuatu rally politik.
Tetapi itulah realiti politik, hingga PM DS Najib sejurus naik keatas pentas terpaksa memainkan karakter sebagai 'Raja Pop' dengan menyambut huluran tangan rakyat di hujung pentas (foto atas) di Pelabuhan Klang malam tadi.
Sesuatu yang diluar jangkaan, kerana Najib sendiri meletakkan sasaran 3,000 kehadiran dalam perjumpaannya dengan rakyat dan pengundi kawasan DUN Pelabuhan Klang yang bakal menyaksikan pertembungan antara MB Selangor TS Khalid Ibrahim dengan muka baru Dato' Nasaruddin M. Zin.
Namun, rally yang berlansung di kawasan pengundi teramai di DUN Pelabuhan Klang, iaitu Pendamaran Jaya telah dihadiri 3 kali ganda sasaran awal, dengan jumlah kehadirin hampir mencecah 10,000 orang.
Pergerakan Najib ke pentas utama tertangguh buat seketika lantaran terpaksa melalui banjiran manusia di kiri dan kanan lorong yang disediakan.
Najib sendiri dalam ucapannya mengakui betapa meremang bulu romanya, malah berharap ia adalah petanda kepada gelombang biru di seluruh Selangor.
Kehadiran saya di rally berkenaan lebih fokus kepada reaksi penerimaan rakyat terhadap Najib dan BN. Rakaman foto-foto di bawah adalah sebahagian dari reaksi sebenar rakyat terhadap Najib.
Tidak keterlaluan jika saya katakan, reaksi yang ditunjukkan ini menjadi suatu isyarat yang merunsing Pakatan Rakyat di Selangor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Senang ckp....dgn aku2 pn sama, dulu ngundi PR, skrg ni insyaAllah BN. Aku dh meluat dgn perangai PR. Satu parti tu yg betul2 pertahankn BERSIH. Konon parti die bersih dr parti lain. Telus. Nah....bile tiba pemilihan pucuk pimpinan parti....jelas ..sejelas2nya....kotor. Yg satu parti lagi....perjuangkn liberal, parti anak beranak. Konon ckp kroni, ppiiiirahhhh....yg anak beranak pegang jwatan tinggi dlm parti dlm masa yg sama...ape kesnye. Yg satu lgi...kesian...parti paling aku syg....tpi... apa kan daya bile mana racun syiah ada dlm parti. Sikap "Pak Maun" menjalar dlm darah parti tu. Pendirian flip flop. Selalu tunduk kpd parti tidak bersih tu. Bile dkt2 nk piliharaya...tiba2 tunjuk mcm tegas. Aik....dulu selalu tunduk. Kesian aku tengok....parti paling tidak konsisten dalm ke tiga2 tu. Korang faham2 je la parti2 mane aku maksudkn tu. Jdi...sebenarnye...aku tiada pilihan...melainkn sokong BN yg lebih konsisten dan pada aku lebih dpt pertahankn islam dari parti "Pak Maun", walaupn parti "Pak Maun" tidak setuju ngan kata2 aku.
Kisah anak derhaka kepada ibunya menjadi calon ,siapakah dia? boleh ikuti ceritanya di ......
PilihanrayakuPRU13
Benar Tuan...saya pon demikian juga...pada satu ketika dulu sy rasa PAS bole mengantikan UMNO..lebih segar, berwibawa, bijak,tegas n hebat...tetapi apabila shj dia berpakat dgn DAP n PKR habis punah semua harapan saya....yg plg sedih bilamana pemimpin PAS dan ulama' sendiri berbohong dan menipu...sgt2 tidak layak mjadi pemimpin kita...PEMIMPIN TIDAK BOLEH MENIPU RAKYAT!!!!!!
Demi Allah pada PRU ke 12 dulu aku pangkah PAS..tapi sekarang aku tengok PAS dah tak relevan n cakap tak serupa bikin..kata dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih..aku sedih bila golongan yang dikatakan ulama sanggup mempergunakan ISLAM demi kepentingan politik..aku MENYESAL MENYESAL MENYESAL kerana pankah PAS dulu!aku akan pastikan takkan mengulangi perkara yang sama pada PRU13 ni..aminnnn...
Hari pn tahu Najib akn jdi PM slps 5.5.2013. KIta ikuti kisah hari Rabu, hari Sabtu dn Hari Ahad.
RABU-Hari Prlimen dibubarkn
R-Rakyat
A-Akan
B-Buang
U-Undi
SABTU-Hari Penamaan calon
S-Semua
A-Akan
B-Bersatu
T-Terima
U-UMNO/BN
AHAD-Hari mngundi
A-Adalah
H-Hari
A-Akhir
D-DS Anuar
Kaitan hari dg teori RAHMAN
R-Rahman(PM1)
A-Abdul Razak(PM2)
H-Hussein Onn(PM3)
M-Mahathir(PM4)
A-Abdullah(PM5)-Anuar trlps
..peluang jdi PM slps dipecat
N-Najib(PM6-slps Abdullah ltk jwtn.
Slps pru13 Najib dpt mandat baru
dn akan angkat sumpah jdi PM bgi
mneruskn kesinambungan kpimpinan
negara utk satu jngka yg pnjng.
Utk kmbali kpd abjad "A" dlm
teori RAHMAN slps abjad "R"
mmrlukn skurng2nya 10thn("R"-5tn+
"A"-5tn) peluang Anuar jdi PM
smkin tipis dsbbkn fakjtor umur
UMNO/BN:dulu,kini & SELAMANYA.
Aku bangga aku bersama Najib pada malam tu. Lagu IM4U berkumandang tanpa henti. Memang meremang bulu roma. Kalau macam ni punya sambutan, baik Khalid golong tikar siang siang. Fakta utama dia boleh kecundang: Mengapa lari dari Ijok? Calon BN anak tempatan usah kira lah. Pulau indah, Pandamaran Jaya dan Telok Gong banyak kerabat calon BN.
Kita akan melihat sejarah tercipta pada petang 5 may 2013.
Alhamdullillah, saya sentiasa mendoakan kejayaan besar di pihak BN PRU13 ni. Sebagai anak Malaysia dan dibesarkan di Pelabuhan Klang, saya ingin melihat pembangunan yang lebih pesat demi masa depan cemerlang. Dengan izin Allah dan usaha BN segalanya mungkin, inshaallah, Bersatu kita teguh!
Post a Comment