Sunday, April 28, 2013

Jentera PAS Kelantan Diangkut Jadi Pelakon Tambahan Penggambaran Filem Hindustan


Kalau pun Shahrukh Khan solat Jumaat di Masjid Besi Putra Jaya, rasa tidak akan berasak-asak orang mengiringi dan cuba menyerbu dari dalam masjid, jika kebanyakan jemaah tidak maklum akan kehadirannya menunaikan solat di sana.

Namun, Husam Musa yang hanya seorang calon PAS yang bertanding di Putra Jaya tiba-tiba muncul dengan lagak seorang hero ketika berjalan keluar dari masjid (foto atas).

Ini jelas menunjukkan bahawa ia adalah suatu perencanaan terancang dari kem Husam untuk mencuri tumpuan khalayak di Putra Jaya.

Dalam pada itu, laporan dari pemerhati di Kelantan menyebut bahawa jentera PAS tidak begitu berfungsi di sana. Markas dan gerakerja PAS di sana dilihat berlainan sekali dengan PRU mahu pun PRK sebelum ini yang tidak menampakkan perang poster dan ceramah PAS vs BN.

Keanihan ini menimbulkan tandatanya. Apakah jentera PAS Kelantan diangkut untuk makan angin ke ibu negara disamping membantu gerakerja Husam di Putra Jaya.

Baca seterusnya di The Unspinner.

5 comments:

Anonymous said...

Ini kerja org yg dah tau nak kalah.. import penyokong ramai2 makan angin di Putrajaya.. Solat Jumaat pun dah dipermainkan.. riak dan menunjuk-nunjuk dia le yg popular! N.Ajis pun sama .. berlakon je!

UNDI PAS ITU HARAM!!!

Anonymous said...

cuba renung kembali sirah Rasullullah dimana dalam satu peperangan, tentera islam menang. Dalam berebut mengumpul harta tingalan perang , tentera berkuda dan memanah yg.diarahkan Nabi agar kekal di posisi atas bukit ingkar dan turun dari bukit untuk juga berebut harta rampasan.

menyedari hal tersebut,,tentera kafir kembali dan menyerang hendap tentera islam yg.sedang leka tersebut. Maka akhirnya tentera islam kalah.

ADAKAH PERKARA INI TAK SAMA DENGAN PAS YG.BERKEJAR SANA SINI MENENTANG BN DENGAN MENINGGALKAN KUBU MEREKA DIKELANTAN UNTUK DIJAGA ORANG TUA GILA KUASA NICKKY AJIS ? ADAKAH MEREKA BUTA GELOMBANG MERAH YG.SEDANG MENGHAMPIRI RUMAH ORANG TUA TUH?

gen2felda

Anonymous said...

betuiii tu , aku boleh dikatakan setiap jumaat solat di masjid besi putrajaya. tapi masa husam dan nik aziz dtg hari tu kesesakan teramat luarbiasa, pkul 12.00 tghari masjid dah penuh. aku ingatkan ada apa....lepas solat baru aku tau yg husam dan nik aziz. biasanya kalau pkul 12.00tghari tu nak cari separuh pun susuah. pkul 1/30 baru lah penuh. ni gerenti pengikut import dari kelate yg sedia dicucuk hidung yg kununnya sebagai tentera Allah dtg berjihad di putrajaya. alahaii...ciannn

Anonymous said...

emmm ...kuasa Allah swt bro. dlm anwar nanyi sabah nak hilang ropa2nya kelate yg nak hilangg.....

Allah akhbar....x3

Anonymous said...

Solat jumaat kerana Allah Taala ke kerana Nik ajis?