Thursday, March 24, 2011

Ribut Bakal Melanda Selangor

Warga Selangor diingatkan bahawa mereka bakal terdedah kepada ribut petir dan hujan lebat hingga Khamis.

PETALING JAYA 24 Mac - Ribut petir dan hujan lebat yang turun di beberapa tempat di negeri Selangor (Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Sepang dan Petaling) dan N.Sembilan (Daerah Port Dickson, Seremban dan Rembau) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Khamis 24 Mac.

Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di Selangor (Daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), WP K.Lumpur, WP Putrajaya, N.Sembilan (Daerah Kuala Pilah) dan Melaka.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang serta banjir kilat di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berhampiran tebing-tebing sungai. [Selangorkini]

No comments: