Thursday, March 24, 2011

Kalau Benar Itu Anwar Ibrahim, Maknanya Dia Menzalimi Dirinya Sendiri!

Ramai di kalangan penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat beranggapan bahawa isu Video Lucah yang mengaitkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) adalah satu lagi ‘Filem’ keluaran ‘B* production’ yang sama motifnya tetapi agak berbeza dari skrip dan jalan ceritanya. Ramai yang menanti-nanti apa pula jalan cerita seterusnya. Sejauh mana benarnya anggapan itu, ayuh sama-sama kita saksikan, sejauh mana bagusnya skrip penulisan, jalan cerita, pelakon dan arahannya jika ianya betul-betul sebuah ‘Filem’ genre politik kejam yang lebih hebat dari ‘Filem’ sebelumnya. [Huzir Sulaiman - Harakahdaily]
Harakahdaily mengibaratkan isu video aksi lucah lelaki mirip Anwar Ibrahim yang didedahkan oleh Dato' T umpama sebuah filem yang berskrip.

Walhal, mereka sebenarnya terlupa dua perkara:-

1. Filem itu umpama filem dokumentari tanpa skrip
2. Identiti pelakon aksi lucah tersebut.

Namun begitu, saya amat bersetuju dengan perenggan terakhir Huzir,
[Ayuh!!!, sama-sama kita mendoakan agar mereka yang zalim ini dan juga mereka yang menyokong kezaliman ini diadili oleh Allah S.W.T di dunia dan di akhirat kerana doa orang yang dizalimi itu tidak ada hijabnya yang menghalang.]
Moga-moga doa ini akan terkena juga kepada orang yang menzalimi dirinya sendiri (yang melakukan aksi lucah tersebut), waimah pun jika benar pelaku itu Anwar Ibrahim!

No comments: