Semasa Himpunan Hijau yang berlangsung di Kuala Selangor, Presiden PKR Wan Azizah membuatkan penyokong-penyokong PAS menjadi gamat, apabila Mat Sabu disebut sebagai kawan lamanya.
Mungkinkah mereka gamat kerana mengetahui kisah lama Mat Sabu-Wan Azizah seperti diceritakan di SINI?
Bagi pemilik video Minaq Jinggo, penyertaan Wan Azizah dalam majlis berkenaan dianggap sebagai sesi pemanas badan menjelang PRU13.
Dari apa yang diucapkan oleh Wan Azizah, ternyata yang didahulukan adalah proseskan mempertahankan suaminya, Anwar Ibrahim.
Andai PR berjaya mengambilalih Putra Jaya pun, pastinya Wan Azizah anak beranak jenuh mempertahankan suaminya. Masalahnya sekarang, serangan-serangan keatas Anwar datangnya dari kalangan mereka yang pernah bersama Anwar (bekas ahli-ahli parlimen PKR yang kini Bebas), malah termasuk serangan dari Dr Hasan Ali.
Hakikat ini yang perlu disedari oleh Wan Azizah.
No comments:
Post a Comment