Tuesday, July 17, 2012

Wan Azizah Dipujuk Bertanding di DUN Sementa


Malaysikini melaporkan tawaran Ketua Cabang PKR Kapar Azizi Ayob kepada DS Wan Azizah untuk bertanding di DUN N43 Sementa, Selangor.


Untuk rekod kerusi DUN Sementa disandang oleh Dato' Abdul Rahman Palil (BN) yang dimenangi tanpa bertanding dalam PRU2008.

Calon PKR yang ditauliahkan untuk bertanding di kawasan berkenaan telah tidak muncul semasa penamaan calon.


Strategi untuk meletakkan Wan Azizah bertanding di Sementa mungkin setelah ada desas-desus bahawa BN akan meletakkan calon MIC di DUN berkenaan.

No comments: