Wednesday, July 18, 2012

Pingat Emas Ditarik Balik - Anggota Kuartet 4X400M Sukan SEA Disahkan Guna Dadah Terlarang


Malang bagi kuartet 4X400M negara yang menyertai Sukan SEA Palembang 2011.

Bermula tanpa sebarang harapan emas, akhirnya mereka dijulang sebagai wira bila memenangi acara berkenaan. Tambah tragis bila mereka tidak bekesempatan menerima kalungan emas di majlis penyampaian hadiah kerana terpaksa pulang awal, gara-gara tidak mendapat pembiayaan MOM. Sebaliknya, kos penyertaan mereka adalah atas inisiatif KOAM.


Kegembiraan mereka tidak kekal, apabila salah seorang anggota kuartet Muhammad Yunus Lasaleh didapati gagal ujian doping.

Dalam kenyataan awal Yunus kepada Harian Metro 18 Februari lalu, beliau mendedahkan,


Akhirnya, semalam pingat emas mereka telah dilucut secara rasmi oleh Persekutuan Sukan SEA.

No comments: