Thursday, May 31, 2012

Logo Paling Sesuai Untuk Parti IKATAN Tajaan Kadir Sheikh Fadzir


Kalau susah untuk mencari logo, Kadir Sheikh Fadzir boleh menjadi yang di atas sebagai logo Parti Ikatan Bangsa Malaysia yang ditaja olehnya.

Selasa lepas, Kadir telah mengumumkan penajaan parti berkenaan yang dikenali sebagai IKATAN dan sekali gus meninggalkan NGO Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) yang beliau anggotai atas kedudukan Timbalan Presiden. Sebelum ini beliau telah pun meninggalkan UMNO dan telah pun berucap di beberapa majlis anjuran pembangkang.

Mengulas tindakan Kadir meninggalkan AMANAH, saya melihat kemungkinan bahawa beliau telah gagal mempengaruhi pimpinan tertinggi untuk menguatkuasakan fasal 22, Perlembagaan Amanah (baca kandungan fasal tersebut di bawah), yang membawa maksud AMANAH boleh diubah menjadi pertubuhan politik.


Disamping itu, Presiden AMANAH Ku Li sendiri telah membuat pengakuan menyokong PM DS Najib dan memilih untuk kekal bersama BN.

Yang terbaru, salah seorang Timbalan Presiden NGO berkenaan DS Ong Tee Kiat (mantan Presiden MCA) juga dilihat tidak memberi sebarang signal untuk meninggalkan BN.

Meskipun tidak dinyatakan secara khusus, namun temu bual dengan Ong dalam video di bawah, tidak menunjukkan sebarang riak kearah menuruti Kadir.


Jelas bahawa Kadir keseorangan dalam hal tindakan ini.

2 comments:

Anak Lenggong said...

aku nasihatkan sikadiaq supaya udah tua tu berihat je laa kat rumah..bagi laa peluang pada orang lain pulak..sebab kalau nak ikut rekod sejarah dalam kerajaan dulu pun takde apa benda yang ko buat yang boleh orang ingat kat ko..cuma daripada dulu sampai sekarang bila sebut mamak kadiaq orang teringatkan mamak pakai bow sajaaa..

Anonymous said...

Muslihat lapuk.....

Dia perasan nak jadi Penyelamat atau king maker dalam keputusan PRU13...nak tarik orang BN yg menang ...
Senerio peringkat Parlimen yg dia jangkakan PKR menang tanpa Anwar..2 Khalid.. Azmin..Azizah ..Si Ketot.. budak bud..
Jadi tiada pemimpin Melayu tg bolih mewakili dalam Majlis PR...
Dan Pas pulak tanpa Hj Hadi..Mustapaha..Si Sabu...
Jadi siapa dan jadi orang tengah antara nik aziz dan Kit Siang ....

Kat sini baru nampak belang Tengku kelantan ... nak jadi PM... (kalau kadiaq berjaya tarik Orang...)
Parti dia ibarat busut yg lebih tinggi dari bukit... sebab dia dok atas bukit walaupun punya ahli 1000 orang..

auta keling ...senang hidu...

Hperancis