Saturday, June 2, 2012

Iri Hati Kehadiran 10,000 Rakyat, Juak-Juak PAS Tabur Fitnah Kononnya Ah Jib Gor Hadiri Majlis Tahlil Pengerusi MCA Klang


Mungkin iri hati dengan kehadiran 10,000 rakyat ke Majlis Makan Malam Sambutan Hari Ibubapa di Pandamaran, Klang juak-juak PAS secara sinis mengatakan kononnya PM DS Najib Razak menghadiri majlis tahlil kematian ibu Pengerusi MCA Bahagian Klang Dato' Teh Kim Poo.

Kebetulan, kediaman ibu Teh hanya sejarak 600 meter dari lokasi majlis berlangsung.

Walhal majlis berkenaan telah dirancang lebih awal. Malahan, kelibat Teh tidak kelihatan di majlis berkenaan kerana masih dalam tempoh berkabung.

Aura Ah Jib Gor begitu ketara dengan sambutan dari masyarakat setempat, yang majoritinya adalah keturunan Cina.






No comments: