SHAH ALAM, 28 Jun: Satu program Solat Hajat dan pidato khas bakal diadakan 29 Jun (Rabu) bermula 7.30 malam di Stadium Malawati, dekat sini.
Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dijangka akan turut berucap.
Menurut Ketua Dewan Pemuda Selangor, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan, jumlah kehadiran dijangka menjangkau 40,000 hingga 50,000.
Ini kerana, ujarnya, rakyat ingin mendengar perkembangan semasa daripada pimpinan Pakatan Rakyat sendiri setelah berbagai berita dimanipulasikan oleh media milik Umno BN.
Beliau memaklumkan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman juga turut serta.
Selepas solat hajat, mereka berdua akan berucap sebelum Mohamad mengambil tempat untuk berbuat demikian.
Sebelum itu, Dr Rani akan mengimamkan sendiri solat hajat yang diadakan di kawasan arena dalam stadium tersebut.
Program ini bermula pada pukul 6.30 petang lagi dengan ketibaan tetamu dari seluruh negeri dan diikuti solat Maghrib berjemaah.Pada jam 7.50 malam diadakan tazkirah yang disampaikan oleh wakil Dewan Ulamak negeri, solat Isyak bersama-sama pada pukul 8.35 malam diikuti solat hajat.
Jam 9.10 malam, pidato bermula dengan hadirin akan dapat mendengar ucapan Ustaz Nasrudin, wakil PKR dan DAP serta Dr Rani sebelum acara kemuncak, ucap tama dari Mohamad.
Penganjur berharap semua hadirin dapat datang seawal mungkin dan juga diminta untuk membawa kain sejadah sendiri. [Selangorkini]
Tuesday, June 28, 2011
Ahli PAS Hampa, Mat Sabu Tidak Diberi Peluang Imamkan Solat Hajat
Solat Hajat sekali lagi akan diadakan oleh Pakatan Rakyat Selangor (anjuran PAS) yang kebetulan bersempena dengan sambutan Israk Mikraj esok di Stadium Melawati Shah Alam.
Rasanya, lebih molek kalau diberikan peluang Timbalan Presiden PAS yang baru Mat Sabu untuk menjadi imam untuk solat hajat tersebut. Sebaliknya, solat hajat tersebut akan diimamkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman.
Untuk solat hajat Pakatan Rakyat kali ini, sama-sama kita tunggu apa lagi skandal Anwar yang bakal terburai selepas ini. Mungkinkah Anwar akan bertambah 'termalu' di mahkamah? Sama-samalah kita tunggu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment