KUALA LUMPUR 26 - Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar pihak pembangkang supaya bertindak berani ibarat 'anak jantan' dengan menghadapi proses pilihan raya bagi membuktikan penerimaan sokongan rakyat terhadap mereka.
Perdana Menteri menegaskan, tindakan pembangkang yang berada di belakang perhimpunan haram Bersih 2 adalah satu perbuatan pengecut dalam usaha mereka mendapatkan kuasa melalui keadaan huru-hara.
Katanya, jika Barisan Nasional (BN) benar-benar memanipulasi sistem pilihan raya secara kotor, parti itu tidak akan membiarkan pembangkang menguasai lima negeri seperti pada pilihan raya umum lalu.
"Kalau betul anak jantan, kita bertemu pada pilihan raya nanti kerana kuasa politik diperolehi melalui sokongan rakyat dan bukannya melalui demonstrasi jalanan," katanya semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung Parti PPP Ke-58 di sini hari ini. - Utusan
Sunday, June 26, 2011
Suhu Najib Mula Ke Tahap Didih, Cabar Anwar Jadi Anak Jantan
Mungkin sikap barisan pembangkang yang bersikap dayus mendorong PM DS Najib Razak mencabar mereka menjadi anak jantan.
Aktifkan akaun FB anda dan saksikan video berkenaan konspirasi Anwar dan Ambiga di [SINI].
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment