Friday, August 29, 2014

Sudah Sampai Masanya Hadi Awang Tinggal PAS Dan Sertai PERKIM


DS Hadi Awang sudah tidak relevan lagi mengetuai PAS. Dari seorang ahli politik yang begitu garang untuk mendirikan mendirikan negara Islam yang berlandaskan 'Ad-Deen Wad-Daulah', kini mengendur dan hanya bertindak sebahai seorang pendakwah yang menyelia dan mengelola para mualaf dalam PERKIM.

Penglibatan Hadi dalam PAS selama lebih 35 tahun, bolehlah dianggap sebagai sia-sia. Hadi dilihat gagal dalam dakwah dan tarbiyahnya dalam merealisasikan landasan yang dilaluinya dalam membawa 'Ad-Deen Wad-Daulah' yang bermatlamatkan tegaknya sebuah negara Islam di Malaysia.

Didalam 'Dokumen Negara Islam PAS' 2003, Hadi menegaskan bahawa menegakkan Negara Islam adalah sama dengan kewajiban ibadat-ibadat wajib yang lain, berpandukan kepada kaedah fiqh makruf;
“Sesuatu yang tidak dapat disempurnakan yang wajib melainkan dengannya maka yang itupun menjadi wajib.
Pendirian Hadi berubah, apabila pada Muktamar PAS 2011 beliau telah memperkenalkan gagasan baru 'Negara Kebajikan PAS'. Bagai menyedari kesilapannya selama lebih 30 tahun menyerang dasar UMNO yang berbaik-baik dengan parti-parti bukan Islam, Hadi berkata;
"Kita mulakan dengan pelaksanaan Negara Berkebajikan. Ia ada dalam Islam dan al-Quran. Dalam al-Quran tidak sebut Negara Islam, ia sebut Negara Berkebajikan”
Hadi sudah tidak lagi berpegang pada fiqh mkruf tapi berpandukan pula pada fiqh awlawiyat, yang mengutamakan kepada keutamaan semasa.

Liew Chin Tong (Ahli Parlimen DAP) dalam mengalu-alukan kekenduran Hadi dari perjuangan asalnya, sempat pula mendedahkan bahawa 'Dokumen Negara Islam PAS 2003' adalah berlawanan sama sekali dengan "Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia – Pemerintahan Islam Dalam Abad ke-21" yang deraf asalnya dirangka dibawah Presiden PAS sebelumnya, Ustaz Fadzil Noor.

Menurut Liew (tulisannya disiarkan di blog AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad), Majlis Syurah Ulama PAS telah menerima pakai dokumen Hadi berbanding memorandum Fadzil.

Kecelaruan dalam pendirian Hadi sepanjang memimpin PAS adalah amat jelas menunjukkan bahawa sikap Hadi dan PAS terhadap UMNO adalah bentuk serangan, tohmahan dan fitnah yang bersifat politik. Malah kecelaruan Hadi semakin terserlah ketika mengendali isu penggantian MB Selangor. Tindakan tidak menamakan calon MB dari PAS sudah cukup untuk membuktikan bahawa Hadi sudah tidak berminat lagi dengan 'Ad-Deen Wad-Daulah'.

Justeru, sudah sampai masanya Hadi memikirkan untuk bersara, disamping bertanggung-jawab memperbetulkan kerosakan-kerosakan yang dilakukannya sepanjang penglibatannya dalam PAS, melalui badan dakwah dan kebajikan seperti PERKIM.

1 comment:

Anonymous said...

Tak payah bergerak dalam PERKIM, nanti rosak pulak orang2 kat dalam tu. Hadi dok diam2 sudah