Membaca artikel-artikel yang menyentuh hubungan UMNO - PAS di Harakah Daily semalam dan hari ini, bolehlah dirumuskan bahawa kebanyakannya selari dengan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS.
Bak kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali, 'Ta'wun ok, tahaluf no," yang bermaksud tidak akan ada kerjasama politik antara PAS dengan UMNO, melainkan tentang perkara yang membabitkan perkara-perkara kebajikan, ekonomi dan Islam.
Umumnya setakat ini PAS dilihat mahu bergerak sendirian dalam berpolitik, malah membariskan DAP, PAN dan UMNO sebagai seteru. Sebaliknya, PAS menganggap PKR sebagai rakan sekutu politik yang terbaik.
Pada pandangan PAS, mereka mempunyai kekuatan tanpa bersekutu samada Pakatan Harapan mahu pun dengan Barisan Nasional, walhal mereka bagai mengabaikan realiti lanskap politik negara dewasa ini lebih terarah kepada sistem dua parti.
Bagai tidak melihat kegagalan percubaan pihak-pihak yang lebih dulu cuba mewujudkan 3rd forces seperti dilakukan oleh Gerakan 'Civil Society' diketuai Haris Ibrahim dan penubuhan (menghidupkan semula) parti KITA oleh Zaid Ibrahim, namun hakikatnya pendekatan itu pula yang diambil oleh PAS.
Setelah melangkaui usia 60 tahun penubuhannya, tindakan PAS ini secara langsung sekadar mahu memposisi diri mereka sebagai pembangkang. Malah tidak keterlaluan untuk kita meletakkan sekadar pertubuhan yang setaraf dengan Hindraf, yang bersifat opportunist dalam perjuangannya.
Jika ini berlaku, bermakna PAS tidak berminat untuk menubuhkan kerajaan dan dimanakah maruah PAS yang mengaku sebagai pejuang harakah menegakkan negara yang mendaulatkan syariah dalam pemerintahan negara?
Berpandukan kepada kejayaan mengumpul 200 NGO (yang tidak diketahui sejauh mana kekuatan pengaruhnya) dalam Kongres Rakyat di Shah Alam pada 12 September 2015, Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim berkeyakinan bahawa parti berkenaan mampu secara sendirian mengatasi UMNO dan Pakatan Harapan.
Namun begitu, Ahmad Amzad bagai terlena dengan kejayaan tersebut hingga terlupa pada janji yang dibuat sejurus Kongres Rakyat yang masih tidak tertunai. Tonton klip video di bawah:-
Kebanyakan peserta-peserta kongres anjuran PAS mungkin sudah terlupa bila seronok bercakap dalam kongres, hingga setakat hari ini tidak menampakkan sebarang hasilnya.
Kami cuba mencari artikel mahu pun kertas Pelan Tindakan Rakyat yang dijanji untuk dilancarkan pada 14 Oktober 2015, namun gagal. Ini termasuklah carian di arkib laman web rasmi PAS yang turut gagal ditemui.
Cukup untuk anda semua membayangkan, betapa perkara semudah Pelan Tindakan Rakyat pun gagal disiapkan, apatah lagi untuk melakarkan agenda negara.
2 comments:
Ta'awun sesama Islam dlm perkara kebaikan tu kan perintah Allah swt, jelas dlm Quran, Hadis pun bnyk menyebut, takkan HH, berani lawan perintah Allah swt dan Rasullullah saw kot ?
Tahaluf siyasi tu pulak, cuma reka rekaan org org terkemudian jer, keliru umat dibuatnya. Ada ke konsep tahaluf siyasi ni dlm Quran ke Hadis ke ?
saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK
Post a Comment