PELABUHAN KLANG: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata Bukit Aman masih menunggu laporan Lembaga Perlesenan Atom Malaysia bagi mengenalpasti sama ada peralatan ditemui dalam dua kontena minggu lalu boleh digunakan untuk menghasilkan senjata nuklear.
Ismail berkata, peralatan yang ditemui dalam dua kontena itu kelihatan seperti dandang dan polis meminta bantuan agensi yang mempunyai kepakaran untuk menentukan apa sebenarnya peralatan yang ditemui."Kita tidak tahu apa peralatan itu sebenarnya. Kita sedang bekerjasama dengan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom dan kita sedang menunggu laporan daripada agensi berkenaan."Kita percaya ia adalah dandang dan kita tidak tahu untuk apa dandang itu. Polis sedang menyiasat perkara ini mengikut Akta Perdagangan Strategik," katanya kepada pemberita.
Sementara itu, di KUALA LUMPUR, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengesahkan pihak berkuasa menahan kontena mengandungi pelbagai komponen itu.
Hishammuddin berkata, Malaysia akan bekerjasama dengan agensi antarabangsa bagi mengenal pasti kegunaan sebenar komponen yang dirampas itu. - Berita Harian
Kedudukan Pelabuhan Klang sebagai pelabuhan bebas, memudahkannya dimanipulasi sebagai pusat transit bagi komponen senjata.
Polis dan Tentera, melalui SB dan Intelligence masing-masing sewajarnya mengambil langkah-langkah untuk memantau di kawasan bebas cukai kerana syarikat-syarikat asing mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan ekoran sekatan ekonomi yang dikenakan kepada negara-negara seperti Iran dan Korea Utara.
Syarikat-syarikat ini akan membawa masuk kargo ke Pelabuhan Klang sebagai pusat transit dan kemudiannya melakukan pembungkusan semula dan ia seolah-olah merupakan eksport dari Malaysia. Akhirnya, Malaysia dianggap sebagai menyokong keganasan, walhal negara petualang yang sebenar terlepas begitu sahaja.
No comments:
Post a Comment