Tuesday, August 7, 2012
Andai Kit Siang Atau Karpal Jadi KM Pulau Pinang 1982, Pasti Jambatan Pulau Pinang Terima Nasib Seperti Empangan Langat 2
Pada 3 Ogos yang lalu, genaplah 27 tahun perasmian Jambatan Pulau Pinang oleh Tun Dr Mahathir Mohammad (pembinaan bermula pada tahun 1982 dan dirasmikan pada 1985).
Mengimbas kembali ke tahun 1982, dalam usia remaja, pemikiran saya sering diasak oleh seorang oleh seorang pemuda berbangsa Cina yang mengatakan bahawa kita sebagai anak Malaysia akan menanggung hutang hingga ke generasi cucu cicit kita. Ini disebabkan, kos pembinaan jambatan berkenaan adalah melalui pinjaman luar. Bukan itu sahaja, tambah pemuda Cina berkenaan, Malaysia akan tergadai, akibat dari projek tersebut.
Bayangkan jika Karpal Singh atau Lim Kit Siang yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, apakah projek jambatan berkenaan dapat direalisasikan? Mujurlah, mendiang Tun Dr Lim Chong Eu yang menjadi Ketua Menteri, maka dapatlah kita melihat kewujudan Jambatan Pulalu Pinang.
Begitulah persepsi sebenar pembangkang terhadap projek-projek yang diinisiatifkan oleh BN. Generasi hari ini telah dapat menyaksikan betapa silapnya persepsi pembangkang. Kerajaan Pulau Pinang dibawah regim Lim Guan Eng, kini mengakui bahawa keperluan satu lagi jambatan yang menghubungkan Pulau Pinang dengan tanah besar.
Berbalik kepada realiti pada hari ini, Empangan Langat 2 adalah suatu contoh dan satu pembuktian keatas sikap negatif pembangkang. Selangor Daily dalam mengupas perbezaan pendapat antara Kerajaan PR Selangor [baca SINI], mendedahkan betapa regim Khalid Ibrahim menjadi pengkhianat kepada rakyat Selangor.
Perlu diingat bahawa idea Projek Empangan Langat 2 adalah rentetan dari krisis air Selangor 1998 dan ketika itu Dr Mahathir masih lagi menjadi PM.
Andai tertangguhnya Projek Jambatan Pulau Pinang hingga ke waktu pentadbiran Lim Guan Eng dihari ini, apakah KM Pulau Pinang itu akan merelakan 'dvelopment order' diberikan kepada projek tersebut? Kalau dilihat dari dari perangai Khalid Ibrahim, pasti Lim Guan Eng akan menurutinya!
Anda fikirkanlah, apakah PR layak untuk diberi mandat?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Jika engkau mengsyukuri nikmat ku akan ku tambah dan tambah lagi tapi kalau engkau tidak mengsyukuri nikmat ku azab ku amat pedih.Itu pun juak juak tegar Hampas yang pakar dalam Agama tak di beri hidayah oleh illahi malah bersama kafir harbi DAPIG menjahanamkam ugama bangsa dan negara.Semua kerajaan buat tak betul.Buka mata perhatiakan apakah kebaikan yang mereka lakukan terutama di negeri serambi mekah,selangor,peneng,kedah.?????pelbagai isu dan masaalah tak selesai.Yang sedah nak tapau duit kerakyat untuk bina lebuh raya....pelik bin hairan
untuk menilai sesuatu itu baik atau tidak kadang2 memerlukan masa utk melihat hasilnya bukannya sekadar cakap di mulut ...mungkin terlalu byk makan daging / susu lembu ...sampai pemikiran pun serupa lembu ...
Post a Comment