Monday, January 17, 2011

Khalid Samad Gagal : Sekadar Penumpang Dalam PAS

"Pada dasarnya kita bersetuju dengan undang-undang ini dan tidak ada salah padanya, hukumnya jelas tidak boleh dipertikai, cuma dari segi pelaksanaan perlu ada siasah syariahnya."

"Sedarkan masyarakat kita tentang undang-undang ini, beri pilihan pekerjaan kepada mereka yang terlibat. Kita tidak boleh ambil mudah dan gopoh mahu terus berubah,"

(Ulasan Khalid Samad, MP PAS Shah Alam berhubung keputusan MPSJ yang mahu menguatkuasakan larangan terhadap orang Islam dari bekerja di pusat hiburan yang menghidangkan arak.) Sumber Harakahdaily

__________________________________________________________________________

Dari komen Khalid Samad di atas, adakah bermakna gerakan dakwah di negara kita gagal? UMNO sendiri, telah menjangkau 65 tahun sementara PAS yang lahir dari batang tubuh UMNO, juga melepasi usia setengah abad. Hanya dengan pertimbangan dari sudut siasah syariah telah mempengaruhi Khalid untuk mencadangkan pendekatan dakwah dari bawah dan bukan melaksanakannya tanpa penerangan yang jelas.

Gerakan Islam di negara ini telah bertapak lama. Selain UMNO dan PAS, gerakan dakwah juga dilakukan oleh ABIM (yang Anwar Ibrahim sendiri taja dan ketuai), Al-Arqam, Perkim, JIM, Jemaah Tabligh dan pelbagai lagi pertubuhan yang menggunakan Islam sebagai landasan perjuangan telah berdakwah semenjak tahun 1950an lagi. Itu belum lagi sekolah pondok, sekolah agama rakyat, sekolah agama persekutuan dan subjek Pemikiran dan Tamaddun Islam yang telah diajar di IPT.

Isunya sekarang, bukannya menyalahkan MPSJ untuk menguatkuasakan undang-undang syariah yang sedia ada, sebaliknya untuk menarik keluar pekerja Islam dari berkerja di premis menjual arak. Memandangkan gerakan dakwah telah bergerak lama dan malah murid di PASTI mahu pun Tadika KEMAS tahu yang arak itu haram.

Khalid barangkali telah lama bersama PAS. Pernah bertanding sebagai calon PAS di Shah Alam, sebelum menang pada PRU2008. Apabila ingin ‘berpatah balik ke bawah dalam hal dakwah’, dengan sendirinya bermakna Khalid sendiri gagal didalam menegakkan syiar Islam melalui PAS. Mungkinkah Khalid hanya seorang penumpang dalam PAS dan hanya menjadikan PAS sebagai platform untuk menjulang namanya dipersada politik negara?

Hairan bin Ajaib! Kenyataan Khalid ini dengan sendirinya membawa maksud bahawa Hadi Awang, Nik Aziz malah Anwar Ibrahim yang pernah mengepalai ABIM gagal menggerakkan dakwah secara berkesan.

Barangkali juga ini bermakna bahawa gerakan dakwah Islam di negara kita, lebih tertumpu menyalahkan mufti, saling berbalah sesama ulama hanya kerana berbeza pandangan politik dan lebih retorik dari menyeru ke jalan Allah.

Akhirnya, saya sendiri dapat membayangkan nada kenyataan Khalid, andainya PAS masih lagi berfungsi sebagai pembangkang di Selangor!

No comments: