Apa tujuan buat spekulasi ini? Nak bagi orang awam panik, lantas beli rumah baru dan pada masa yang sama simpan flet kos rendah, untung-untung dalam tempoh 4 tahun harga boleh cecah RM200,000.00?
Sekali harga tak naik, mahu tak mahu terima tawaran pemaju yang berminat nak bangunkan semula kawasan perumahan kos rendah dan tukar status jadi kondominium mewah.
Ini, dah jadi satu perancangan nak kasi keluar golongan berpendapatan rendah keluar dari kawasan pusat bandar.
Cukuplah dengan insentif kerajaan wajibkan bank-bank bagi pinjaman 100% bagi rumah pertama berharga bawah Rm300,000.00. Jangan bikin panik orang awam.
Sebelum orang lain hentam, baik aku yang hentam. Fateh Iskandar bukan sebarangan orang. Dia Bendahari UMNO Selangor. Kalau tak percaya sila tengok sendiri kat sini.
No comments:
Post a Comment