Tuesday, January 18, 2011

DAP Selangor Sumbang Tabung Ayam Bantu Pekerja Islam Di Premis Arak

”Kita ada 1.5 juta pekerja asing yang duduk di negeri Selangor, saya minta setiap majikan bayar saya RM100 setahun dan maknanya RM10 sebulan untuk saya gunakan bagi melatih belia-belia ini sebagai usaha untuk mengurangkan tekanan buruh asing. Saya dapat mengutip RM150 juta setahun. Dari segi skill saya kena ajar. Itu sebab saya kena ada dana untuk mengajar latihan itu semua.

– Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor

DAP sebenarnya nak sumbang dana, atau nak sumbang tabung? Kalau setakat sumbang tabung ayam, sekarang pejabat MB telefon, 30 minit aku sampai, hantarkan tabung ayam.

Sekarang semua reverse, sebab nak menunjukkan kesepakatan berhubung isu larangan MPSJ terhadap premis menjual arak yang menggunakan tenaga kerja beragama Islam.

Hari 18 Januari 2011, aku nak tengok sejauh mana perkembangan tabung. Sebab aku takkan percaya lagi dengan Khalid Ibrahim. Dulu dia nak cari dana tabung kemahiran (rujuk kenyataan di atas dan kenyataan penuh boleh dibaca DI SINI, tapi mana tabungnya dan mana institutnya? Malah lebih teruk dia tutup Institut Kemahiran Yayasan Selangor di Bagan Terap dan juga rampas balik tanah YBK yang cadang nak bina kampus UiTM di Serendah.

Apa punya perancangan kerajaan negeri macam ni? Cakap kasarnya, nak berak baru sebok nak gali lubang.

Tambah aku tak percaya, bila Khalid Ibrahim sendiri arahkan Tabung Budi Syabas, dihentikan. Dah banyak kali Khalid kelentong kita, kali ni sorrylah aku nak percaya. Agak-agak bila isu dah mula reda, lepas tu tabung pun lesap entah ke mana!

1 comment:

Tenang Lautan Biru said...

Mohon promosikan blog kami untuk PRK Tenang.

http://tenangprk.blogspot.com/

Terima kasih.