Wednesday, January 19, 2011

PRK Tenang : Ketua Penerangan PAS Pusat Akui Keprihatinan PM

Telah mula ada tanda-tanda PAS bakal mengangkat bendera putih di PRK Tenang. Atas kedudukannya sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat, tulisan Idris Ahmad di blog beliau dengan sendirinya adalah mewakili pendirian parti.

Saya sendiri khuatir, mungkin selepas ini Idris bakal diberi peringatan/amaran, kritikan dari para blogger pro PAS dan PR dan malah mungkin juga dinasihatkan tutup mulut atau yang lebih teruk, diminta letak jawatan.

Idris di blognya menulis,

“Pas memanjat syukur kepada Allah kerana tuntutan untuk rakyat sudah di ambil berat oleh Datuk Najib. Walaupun beliau mengumumkan sempena lawatan beliau ke Felda Chempelak dalam dewan Undangan negeri Tenang. Apa yang pentingnya kerajaan sudah mula mengambil perhatian atas usaha gigih perjuangan ANAK selama ini.

Saya memandang kenyataan Idris Ahmad ini, meskipun memberi kredit kepada ANAK tetapi beliau sekurang-kurangnya mengakui dan mengiktiraf keperihatinan PM sebagai pembuat keputusan dalam perkara tersebut.

Petanda-petanda PAS memberikan signal untuk mengangkat ‘bendera putih’ semakin jelas apabila merujuk kenyataan Idris,

“Pas yakin stok penimbal Umno di Felda semakin reput, sebab itu tindakan Datuk Najib meluluskan projek di Tenang. Mungkin inilah risikan yang telah sampai kepada beliau, jika tidak generasi kedua akan beralih sokongan. Pas mengharapkan Datuk Najib perlu juga mengumumkan peruntukan kepada generasi kedua selain daripada negeri Johor, kerana di seluruh negara terdapat 317 rancangan dengan bilangan 900,000 peneroka.

Kenyataan penuh Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat boleh rujuk di SINI

Dinilai kenyataan Idris diatas, beliau dengan sendirinya membayangkan ketidakyakinan PAS untuk meraih undi generasi ke2 Felda untuk PRK Tenang.

Terima kasih kepada Idris Ahmad kerana walau pun tidak secara terang mengarahkan pengundi untuk mengundi BN, namun kami dipihak yang menyokong BN amat yakin bahawa kenyataan tersebut sedikit sebanyak bakal membantu menambah majoriti BN di Tenang.

Dalam pada itu, adalah amat diharapkan akan tidak timbul cerita-cerita dari pihak PAS yang menyatakan PM telah melakukan ‘rasuah politik’ di DUN Tenang. Oleh itu, kerjasama dari Idris dan pemimpin ANAK, Mazlan Alimin amat diharapkan dalam membetulkan tohmahan dan fitnah dari rakan-rakan didalam PAS dan PR. Ingatkanlah mereka, bahawa sesungguh kurnian dan pengumuman PM itu adalah semata-mata untuk kesejahteraan generasi ke2 Felda, insyaallah.

No comments: