Sunday, May 20, 2012

Hadi Awang Akui Sudah Tidak Upaya & Letih - Enggan Bertanding PRU13


Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang sekali lagi mengulangi pendirian untuk bertanding dalam PRU akan datang.

Alasan yang diberikan ialah kerana berasa letih untuk menjaga kawasan (sebagai wakil rakyat) dan menjelajah ke seluruh negara (sebagai Presiden PAS).

Menurut laporan portal The Malaysia Insider [baca SINI], Hadi walau bagaiman pun masih berminat untuk terus menerajui PAS.

Persoalannya, apakah Hadi mampu untuk mengawal badan eksekutif (jika PR menawan Putra Jaya) hanya atas kapasiti Presiden komponen parti dalam PR? Secara negatifnya, tindakan Hadi ini seolah-olah mahu melarikan diri dari dipertanggungjawabkan dengan keputusan-keputusan tidak Islamik yang dibuat oleh badan eksekutif.

Dari sudut dalaman parti pula, tindakan Hadi ini jelas akan mencatatkan namanya sebagai ulamak terakhir sebagai pemimpin PAS.

No comments: