Sunday, May 26, 2013

Kerajaan Kena Tubuh Agensi Macam Tabung Haji Untuk Bawa Masuk 40,000 Pengundi Bangla


Menjelang hari pengundian PRU13 yang lalu, foto atas adalah antara yang banyak terpapar di media alternatif dan media sosial.

Ia adalah bertujuan untuk menguat dakwaan Anwar Ibrahim, kononnya 40,000 orang pengundi dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia untuk mengundi.

Terasa amat bodoh benarlah penyokong-penyokong pembangkang yang begitu mudah mempercayai kenyataan karut Anwar.

Bayangkan untuk mengendali seramai 28,000 jemaah haji Malaysia setiap tahun, ada badan berkanun khusus untuk mengelolakan untuk tujuan tersebut (Lembaga Urusan dan Tabung Haji), inikan pula untuk mengurus 40,000 'jemaah pengundi' dari Bangladesh.

Bercakap dari hal pengurusan penginapan pun, sudah cukup untuk memeningkan.

Malang sungguh bagi kita rakyat Malaysia yang tidak dapat menyaksikan 'jemaah pengundi Bangladesh'  khemah-khemah di Padang Merbok, Kuala Lumpur, seperti lazim yang kelihatan di Padang Arafah semasa hari wukuf, sepanjang tempoh berlansungnya PRU13 yang lalu!

1 comment:

Servant of God said...

Haaa... betul apa lu cakap bro... nak bawak masuk pekerja2 (pengundi2) bukan setakat tempah jumbo jet... dorang nak dok mana? makan kat mana? dari tempat menginap nak ke tempat mengundi macam mana?

Dah tu, kalau betul sampai gak kat pusat mengundi, kenapa ejen2 dari PR dok diam jek?

Orang2 PR perasan pandai, tapi benda kecik macam ni pun tak reti nak pikir... nauzubillah aku atau keluarga aku jadi macam ni.